Geng GC

Friday, December 26, 2008

Selamat Tahun Baru 1430H

'Doa Awal Tahun'
"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. "

'Doa Akhir Tahun'
"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka."

Kasut Oh Kasut


Memandangkan cuti hari x-mas, aku mengambil peluang untuk pergi cari kasut untuk jogging….kasut yang ada sekarang ni tak berapa sesuai. Orang yang paling syok shopping kasut ni ialah HFI. Dia tu pantang nampak kasut, pelik juga aku...mengalahkan orang perempuan pulak. Tapi nak buat macam mana dah pe’el dia macam tu. Aku yang bercadang...alih-alih mesti dia yang beli lebih. Jual murah...hhhmmm, tak lah betul-betul murah pun. Kena pandai survey juga. Nama saja harga runtuh, discount dan macam-macam lagi lah istilah untuk menarik perhatian si kaki shopping. Aku...budget no.1...kalau harga luar dari bugdet, confirm aku tak beli. Budget nak cari kasut jogging yang bawah 100 ringgit. Dan aku akan pastikan ia mesti bawah 100 ringgit. Adalah kasut Reebok tu, cantik...tapi dekat 250 ringgit. Sayang nya aku rasa nak letak kat kaki dengan harga macam tu. Lagi pun nak buat jogging...bukan nak buat melaram kemana. YES!! Misi berjaya......aku dapat beli sepasang kasut dengan harga bawah 100 ringgit. Mahal-mahal pun belum tentu aku jogging bagai nak gila nanti..he3x. Ohh...cerita pasal HFI, dia dapat sepasang kasut juga...dan sandal, dia pakai terus sandal lepas bayar tuh...mmmmm, excited nya dia. Memandang kan budget 100 ringgit ada lebih lagi, aku pun samba lah sepasang kasut untuk santai. Ni lah rupa kasut-kasut yang aku cerita ni, gambar sandal HFI tak sempat nak snap...sebab HFI dah pakai.

Wednesday, December 24, 2008

aku tak tahu la kenapa dengan aku hari ni......takda mood langsung.... :(

Tuesday, December 23, 2008

"Bits of my memories at dinner"

"Bits of my memories at dinner"

Monday, December 22, 2008

FOR RAMFC ONLY - "Mini Disney"

Dear Gals, map as per request....ada 2 entrances boleh guna - E1 & E2 parking RM2.
Anything not sure, ask me ya,
HAVE FUN!!!

"Celik"

Benda Apakah Ini?
Ada sesiapa tahu atau boleh meneka benda apakah ini?
**clue: ia adalah benda yang boleh memberikan bantuan**

Friday, December 19, 2008

X-change Gift X-mas 2008

Company tempat aku kerja buat x-change gifts for x-mas. Sama macam company lama aku jugak. Tapi yang lain nyer, sebelum beli gift, kiter kena cabut nama orang yang kiter nak belikan gift tu dulu...senang sikit nak pilih hadiah yang sesuai. Bezanya dengan company lama, kita beli dulu hadiah then bila tiba hari untuk x-change baru cabut nama. Mana satu pun tak kisah la yang penting it's still fun. Tahun ni adalah tahun pertama aku di company ni, so hadiah pertama aku di beri oleh En.Rahim, orang yang paling dekat dengan Dato' . Aku suka hadiah ni. Sebab memang bercadang nak beli pun. Terima Kasih Rahim. Dia beli kan aku bekas berupa kayu yang boleh letak stationery ataupun hpone dan remote2 control yang belambak kat rumah tu. Yang lagi satu tu aku hadiah kan pada Cik Finaz, dia orang yang no.2 rapat dengan Dato' sebab no.1 mesti la Datin ;D . Ini tak termasuk dalam agenda x-change gifts, tapi aku saja nak bagi dia lagipun tu bekas botol nescafe yang Finaz nak buang masa dia buat spring-cleaning kat pantry ari tu. Tekejut dia sebab x sangka botol tu dah transform :D . Aku kata kat dia tu sumer aku guna bahan re-cycle. Jangan pikir aku nak bodek pulak....tu sumer kebetolan jer...diorang berdua baik ngan aku, lagipun aku bukan nyer report kat Dato'.
Ohh, lupa nak cerita pasal gifts yang aku belikan untuk Idzuan. Dia ni accountant baru kat company. Tak sempat la nak amik gambar gift yang aku beli sebab semalam lepas shopping aku terus suruh adek kedai tu bungkus dan lepas tu aku terus letak bawah pokok x-mas. Aku belikan Idzuan puzzle kayu yang bila disusun dapat la bentuk KLCC dan nak cukupkan budget aku beli hanging pocket ada cute blue bear untuk dia gantung kat umah. Harap2 Idzuan suka sebab aku tak tau nak beli apa dah utk dia then aku carik la benda yang aku suka..he3x ;P. Aku x pasti Idzuan ada blog ke tak, lupa nak tanyer.
Malam ni kami sumer ada Annual Dinner kat Royal Club, tempat favorate Dato' (agak nya la).
Nanti aku sambung lagi cerita pasal dinner.

Siap Jugak Akhirnya...

Ini la hasil daripada kotak2 pindah randah office hari tu.
Aku amik kotak2 yg still okay, then aku buat jadi frame gambar..ha3x.
Siap jugak akhirnya...dah lama aku teringin buat frame macam ni.
Sebenarnya ada sorang budak cina masa sekolah dulu pernah hadiah kan frame mcm ni tapi minah tu buat lagi kecik...halus betul jari-jemari dia, tak la macam jari aku.
Memandangkan jari-jemari aku yg sedang2 besar saiz nyer, so ini la hasil nya.
p/s: ada byk lagik kotak yg aku cilok...x tau nak buat aper ngan kotak2 tu...

Thursday, December 18, 2008

Thanks to "Sabiah" for sharing something good... :)


Me....Pocahantas?!?!
Thanks to "Sabiah" for sharing something good... :)

Image hosted by Photobucket.com

Free-spirited and wise. You have a strong passionate spirit that touches and changes all who know you. The wisdom and common sense that you have is really what guides you through life. Even so, you also have a very playful side that loves adventure and excitement.

Hate You Again!!!

"Hate so much when you did this to me.
But why you choose this way?
Can’t you try something else?
The most unacceptable is you just disappear...."
...........................................................................................................
Today, he did it again, am I so stupid? I shouldn’t be his friend at all. Why some people really can’t change. No matter what happen. I thought I how him. But I’m wrong...truly wrong…
DAMMMM!!!
********************************************************************************************

Wednesday, December 17, 2008

Istimewa Buat SueOnn

"Lagu ni ditujukan Istimewa Buat Saudari SueOnn"
Semoga Segala Yang Diusahakan Mencapai Kejayaan Sue.

Monday, December 15, 2008

"Berbaloikah Pengorbanan Seorang Perempuan Hanya Kerana Kejujuran Si Lelaki"
...aduh hai, pening la nak buat penilaian atau kata putus.
Kenapa la kena buat keputusan.
Aduhh...pening-pening.
Tolongggg..tolongggggg......(mintak tolong bagi nasihat nieh)
Apa pendapat korang yek?
hhhmmmmm......

Friday, December 12, 2008

Rumah Ke-2 - Office Baru

Its been awhile missing from my blog....miss my friends too..
well now i'm in my new office - my 2nd home.
got few more this still not running smoothly, but catch-up well by our IT Guys - En Razak.
Hmmm....guess what? i'm moving in without my colleague - En Syed.
Thank God En Razak the HERO of the day of-course with our MAN of the day - En Rahim.
Me.....he3x, the SUPERWOMEN laa :)

Wednesday, December 3, 2008

Yes, I'm moving to the new office soon...
Hope for a BETTER and the BEST future for all of us.

Friday, November 21, 2008

Thursday, November 20, 2008

KEJAYAAN MU'MIN

Tak ada apa yang boleh nak digambarkan sewaktu seorang budak lelaki ingin menempuh "alam dewasa".
Walau apa jua siksaan yang menimpa, harus di tempuhi.
Dalam hati berkecamuk dengan macam-macam perasaan. Takut sudah pasti, gembira bakal menanti dan semagant daripada kedua orang tua amat lah diperlukan waktu itu.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan moga cepat sembuh.
Inilah "KEJAYAAN MU'MIN"



Monday, November 17, 2008

Tak Sangka Dah Setahun Kenangan Tu Berlalu...

Hari ni tetiba pulak nak tengok koleksi gamba2 lama.
Dalam byk2 koleksi, rasa terharu pulak biler tengok gamba percutian di
Port Dickson penghujung tahun 2007.
Biler tengok balik..., gelak sensorang.
Memang seronok masa tu, semuanya sekepala,
Ada yang kaki tidor,
Ada yang suka jadi "taukey haram",
(yg tu rahsia kami empat org)
Ada yang suka berendam,
Ada yang suka makan....,
MEMANG HAPPY GILER...!!!
Cuma Ejan sorang jer yg dah menyepi sket...iyerlah, skrg ni dah pangkat besau...
(jgn marah Ejan, usik2...gurau2 jer)
Tinggal 2 org jer yang sama office, Jack ngn Ayu.
Percutian yg aku organised ni macam majlis perpisahan aku la,
Sebab aku dah dapat kerja baru,
Tak sangka dah setahun kenangan tu berlalu...

video

Monday, November 3, 2008

RINDU KU

Sejak mula mengenali mu aku merasakan keindahan ciptaan yang Maha ESA.

Pertemuan kita tidak pernah ku angan-angankan.

Sedari mula menjejaki mu aku dapat merasakan cabaran, dugaan dan halangan yang bakal ku tempuhi pasti menyiksa zahir dan juga batinku.

Tapi dengan semngat dan keinginan untuk menakluki mu, aku gagahkan jua.

Sepanjang perjalan itu aku sering berbisik dihati bahawa nikmat nya pasti akan datang.
Segala keperitan pasti dibalas dengan kenangan yang tidak mungkin dapat ditukar ganti dengan wang.

Ada kalanya dikau sungguh menduga akal ku.

Keteguhan peribadi mu hampir mematahkan semangat ku.
Namum perasaan itu aku lawan dengan mengingati yang Maha Pencipta. Kerana dengan kehendak NYA jualah kita dipertemukan.

Sekarang kita sudah berjauhan.
Kita dipisahkan kerana aku memilih jalan hidup yang berbeza sekarang.
Kau masih di situ setia menunggu ku dengan pasti.
Aku akur pada kerinduan yang terbit dijiwa ku saban hari.

Sejuk jiwa mu bak sungai yang mengalir, aku rindu;

Ceria senyum mu bak bunga yang mekar, aku rindu;

Damai akal mu bak awan berlalu, aku rindu;

Aku belum pasti bila kita akan bertemu…

Rindu Ku…KORBU.

Thursday, October 30, 2008

Welcome To My Life

Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place?
Like somehow you just don't belong
And no one understands you
Do you ever wanna runaway?
Do you lock yourself in your room?
With the radio on turned up so loud
That no one hears you screaming
No you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life

Do you wanna be somebody else?
Are you sick of feeling so left out?
Are you desperate to find something more?
Before your life is over
Are you stuck inside a world you hate?
Are you sick of everyone around?
With their big fake smiles and stupid lies
While deep inside you're bleeding
No you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life

No one ever lied straight to your face
No one ever stabbed you in the back
You might think
I'm happy but I'm not gonna be okay
Everybody always gave you what you wanted
Never had to work it was always there
You don't know what it's like, what it's like

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like (what it's like)

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life
Welcome to my life
Welcome to my life

Tuesday, October 28, 2008

Siapa Minat Extreme Game? Nak Cari Geng Laaa....



When People Don’t Like,
They Don’t Say;

When People Don’t Like,
They Say Something Else;

When People Don’t Like,
They Smile But Don’t Say;

When People Don’t Like,
They Sound But Don’t Smile;

When People Don’t Like,
They Walk Away.

Hadiah Pemberian - RAMFC

Terima Kasih Di atas Pemberian Hadiah Ini.
Terima Kasih Kerana Menghargai & Menerima Usaha Ku.
Ia amat bermakna...
Sebagai Seorang Manusia, Aku Sayang Padamu..

Tuesday, October 21, 2008

Jangan Biarkan Tempiasnya Berpanjangan...

Sebagai seorang manusia, memang mudah untuk kita menyalahkan orang lain. Hanya kerana harapan dan pandangan kita tidak diendahkan. Dalam satu kumpulan memang teramat mudah perkara sebegini berlaku.

Bukan mudah menjadi seorang ketua atau wakil bagi mereka yang ramai. Siapa yang tidak berkehendakkan kejayaan....dan...kemasyuran.

Pada mereka yang berada di bawah pula pengharapan setinggi gunung telah disandarkan. Siapa yang tidak gembira jika permintaan itu dapat dilaksanakan.

Kecewa bagi kedua-dua pihak apabila kejayaan dan harapan terkubur. Tidak seorang pun mahukan kemusnahan.

Kekecewaan bukan punca untuk kita menarik diri kebelakang, sebaliknya kita harus menjadikan ia sebagai alat untuk terus kehadapan dan maju. Jangan biarkan tempiasnya berpanjangan.

Andai ada kekurangan, hulurkan lah tangan membantu. Siapalah ’Ketua’ tanpa ’Pengikut' nya. Tak wujudlah ’Pengikut’ tanpa ’Ketua’.

Tidak kiralah kita berada di pihak mana sekali pun, kita seharusnya lebih memahami antara satu dengan yang lain. Jangan biarkan emosi menguasai minda. Hanya mereka yang tabah akan kekal mengharungi ’gelora’ bersama-sama hingga ke puncak kejayaan.

Monday, October 20, 2008


Selamat sudah aku Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-30....
Sudah bermacam yang ditempuhi dan kena bersedia untuk yang bakal tiba....

Age just a number but to me It's a moment to remmember...

Terima Kasih MAK..kerana telah melahirkan dan membesarkan aku dengan bermacam-macam halangan dan dugaan. Kerana MAK, aku berada di sini hari ni. Jasa dan pengorbanan MAK tidak dapat ku balas. hanya DOA ku panjatkan kepada Illahi semoga diri MAK beroleh rahmat dan sentiasa sejehtera.

Kepada Teman dan Kawan yang selalu disamping ku, terima kasih kerana menerima ku seadanya. Pemberian hadiah tidak dapat tandingi kesetiaan pertalian yang kita jalinkan. Aku akan cuba perbaiki apa yang kurang.

"Mati Itu Pasti dan Hidup Itu Insyallah"

Thursday, October 16, 2008

KAWIN : Part 1

Kalau kita kawin dgn awak…
Awak marah tak bila awak pandu kereta kita tersalah tunjuk arah jalan,
Kalau kita kawin dgn awak...
Awak marah tak bila awak sampai offis lambat sebab kita terbangun lewat,
Kalau kita kawin dgn awak...
Awak marah tak bila awak sakit perut tapi kita guna bilik air lama-lama,
Kalau kita kawin dgn awak...
Awak marah tak bila awak dah bagitau tapi kita tanya soalan yg sama banyak kali,
Kalau kita kawin dgn awak...
Awak marah tak bila lauk yg awak suka kita masak kurang garam,
Kalau kita kawin dgn awak...
Awak marah tak bila awak tengok TV tapi kita tukar channel TV lain,
Kalau kita kawin dgn awak...
Awak marah tak bila kita tak gosok baju kerja awak,
Kalau kita kawin dgn awak...
Awak marah tak bila suruh awak cuci kuali periuk lepas kita masak,
Kalau kita kawin dgn awak...
Awak marah tak bila awak baru sampai rumah tapi kita suruh awak pergi kedai,
Kalau kita kawin dgn awak...
Awak marah tak bila awak minum tapi kita buat air panas sangat,
Kalau kita kawin dgn awak...
Awak marah tak bila tunggu lama dlm kereta sebab kita lambat ’bersiap’,
Kalau kita kawin dgn awak...
Awak marah tak bila awak nak cepat tapi kita jalan lambat-lambat,
Kalau kita kawin dgn awak...
Awak marah tak bila seluar favorate awak kita rosakkan,
Kalau kita kawin dgn awak...
Awak marah tak bila dari pagi sampai malam kita belum mandi,
Kalau kita kawin dgn awak...
Awak marah tak bila awak lapar tapi kita masak lambat,
Kalau kita kawin dgn awak...
Awak marah tak bila kita rosakkan radio awak,
Kalau kita kawin dgn awak...
Awak marah tak bila kiter tersepak handfone awak sampai berkecai,
Kalau kita kawin dgn awak...
Awak marah tak bila baju baru awak kita cuci tapi ada tompok-tompok warna lain,


***********bersambung************

Wednesday, October 15, 2008

Resepi Kek Usaha Kejayaan

Bahan-bahannya :
250 gm Daya Usaha

100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan

190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia
(boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
8 sudu teh Rasa tanggungjawab
200 gm Senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya :
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.
Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati.
Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit.
Biarkan adunan menjadi lembut.

Setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.

Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan dan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakannya dengan baik.

Tuesday, October 14, 2008

Why some people just do it without thinking?

Don’t they also have feeling?

Easy to forget… but not to forgive?

Are they so great?

Or are they the weaker?

Simply blame without knowing the truth?

Why?
btterfly077.gif
Sad butterfly

Thursday, October 9, 2008

What should I do when I hate someone?
I hate someone who thinks he/she is the best…
I hate someone who acts like he/she is the best…

Human tend to make mistake…
Human is not perfect…

Showing the “attitude”
Sour face!
Yelling voice!
King’s/queen’s walk!

What the hell…. I don’t bother!!
JUST FACE THE FACT!!!

"Hidup Tanpa Teman Atau Hidup Ada Kawan"

Kalau hidup tanpa TEMAN mesti rasa sunyi…tapi hidup ada KAWAN lebih baik ke…?
Orang kata... TEMAN tu faham isi hati kita dan KAWAN pula.. cuma kenal luaran kita saja.

Siapa lebih penting dalam hidup kita?
TEMAN atau KAWAN...?

Kalau ada seseorang yang faham isi hati kita mesti orang tu jadi tempat kita luahkan segala perasaan kita, tak kira lah rasa suka ataupun sedih. Orang kata itu lah TEMAN sejati. TEMAN tu tak ramai, dalam sorang dua ajer. KAWAN kita boleh ada ramai...kadang-kadang KAWAN datang dan pergi macam tu aje.

Kalau kita anggap seseorang itu adalah TEMAN,
sanggup ke kita terima segala buruk dan baik dia?

Kalau kita anggap seseorang itu KAWAN,
boleh ke kita bagitau keburukan dia secara depan-depan...?

Siapa yang boleh terima kenyataan?
TEMAN atau KAWAN...?

Hati siapa yang perlu lebih dijaga?
TEMAN atau KAWAN...?

Apa akan jadi kalau kita hilang TEMAN...?
Apa kita rasa bila kita hilang KAWAN...?

Mana satu yang kita pilih?
Hilang TEMAN atau hilang KAWAN...?

Kadang-kadang kita rasa penting untuk menjaga hati sorang TEMAN sampai kita tak peduli perasaan sorang KAWAN.

”Alahhh...setakat KAWAN...” itulah yang selalu kita fikir tentang sorang KAWAN.

Tapi TEMAN.....

”ehhhh...dia TEMAN aku yang paling setia...kena jaga TEMAN lebih...” itu pula anggapan kita terhadap TEMAN.

TEMAN selalu dapat lebih perhatian...sedangkan KAWAN tidak.

Bila kita beri perhatian lebih pada sorang TEMAN dah tentu harapan mendapat balasan yang sama wujud tanpa kita sedar atau tidak.
Apa jadi kalau... yang kita harapkan tak menjadi, ialah....macam TEMAN yang ’tikam dari belakang’.....

Kita sangka dia telah mengkhianati perhubungan yang suci atau.... TEMAN tu cuma tak mampu untuk menyakiti hati kita...ialah, bukan ke kenyataan tu amat pahit untuk ditelan.

Bila sorang KAWAN ’tikam dari belakang’...kita tak lah terasa sangat..sebab tak wujud harapan untuk setia daripada sorang KAWAN.

Orang yang sentiasa berpihak kepada kita walaupun melakukan kesalahan, adakah itu layak digelar TEMAN...?

Orang yang sentiasa menegur dan selalu bertentangan pendapat dengan kita, adakah itu layak hanya sekadar KAWAN...?

Selalu sependapat itu bagus atau selalu bertelagah itu yang lebih bagus...?

Sentiasa menyokong dan sentiasa bersama itu TEMAN atau KAWAN...?
Tidak sentiasa memahami dan tidak sentiasa disamping itu KAWAN atau TEMAN...?

Adakah diri kita layak digelar sebagai seorang TEMAN dan layak mempunyai TEMAN...?
Adakah kita hanya layak digelar sebagai seorang KAWAN dan layak mempunyai KAWAN...?

Siapa yang sebenarnya layak untuk digelar TEMAN...?
Siapa yang sebenarnya layak untuk digelar KAWAN...?

Wahai TEMAN, jadlah sorang yang bersifat TEMAN dan bersikap KAWAN.
Wahai KAWAN, jadilah sorang yang bersifat KAWAN dan bersikap TEMAN.

Hargailah TEMAN sepertimana kamu menghargai seorang KAWAN...
Hargailah KAWAN seperti mana kamu menghargi seorang TEMAN....

Andainya aku pernah menjadi TEMAN mu....anggaplah aku sekadar KAWAN, kerana aku datang dan pergi.

Andainya aku pernah menjadi KAWAN mu...anggaplah aku belajar menjadi TEMAN, kerana aku akan cuba memahami isi hati mu.

....... ”Hidup Tanpa Teman Atau Hidup Ada Kawan”......

Tuesday, October 7, 2008


Selamat sudah menjalani ibadah Ramadan, sekarang kita menikmati Syawal.
Pasti bermacam-macam kenangan indah atau pahit akan kita bawa bersama.
Dan kenangan-kenangan ini pasti menjemput kita untuk
menghargai setiap apa yang hadir dalam hidup ini.
Penantian telah hampir berakhir, belum pasti kita bakal bertemu lagi
Ramadan dan Syawal pada tahun hadapan.



Wednesday, September 24, 2008

Tuesday, September 23, 2008



It's hard to belief in someone....
It's hard to forgive someone....


Friday, September 19, 2008

Thursday, August 28, 2008

jupitergreetings.com
Perjalanan Hidup Tidak Perlukan Alasan,
Tapi Perjalanan Hidup Perlukan Tujuan.
jupitergreetings.com

Wednesday, August 13, 2008

Thursday, August 7, 2008

"GOLDEN 30"

People said gold is precious.
May be that is why we said old people as warga mas.
Still wondering what is the most precious thing that I have collected or kept?
What will happen next? Is the gold keep on shining?

Aku amat bersyukur kerana diberi kesempatan menikmati
kehidupan ciptaan NYA sampai sekarang.
Cuma sayang nya aku tidak mampu mengisi kehidupan ini dengan sesuatu yang
mampu ku kenang sehingga sampai waktu aku kembali pada NYA.
Tak guna nak memikirkan yang telah lepas.

Is it too late for me to catch what is missing?
Or I don’t know how to value the precious of Golden 30.

Sometime it’s too less
Sometime it’s too much
Sometime it’s so hurt
Sometime it’s so love
Sometime it’s not mine
Sometime it’s not yours
Sometime it’s for future
Sometime it’s for pass
Sometime it’s a gift
Sometime it’s a reward
Sometime it’s the worst
Sometime it’s the best

It’s the “GOLDEN 30”.


Thursday, July 31, 2008

20 Tahun Akan Datang

MoneySekarang semua orang bising pasal harga barang naik sejak kononnya harga minyak dunia yang mahal, entah apa pasalnyer. Nanti biler minyak abes macam maner?

Setelah aku fikir-fikirkan mungkin ini yang berlaku..........20 tahun akan datang.

Semua orang tahu dan setuju kalau aku katakan teknologi dah makin canggih dan akan semakin canggih. Tengok jer sekarang ni, kebayakan urusan yang dahulunya kita lakukan secara fizikal dah berubah kepada on-line. Contohnya urusan bank sampai dan urusan beli-belah. Sebut jer, dalam negeri, luar negara, malah satu dunia pun buleh berhubung dengan cepat dan mudah.

Kalau semua ini berterusan, tak mustahil kalau aku gambarkan 20 tahun akan datang semua orang akan duduk di rumah. Samaada bekerja makan gaji ata pun kerja sendiri. Ialah, email kan ada..... gaji transfer jer dalam bank. Ini semua gara-gara kos penggangkutan meningkat.

Computer Budak-budak sekolah dah tak payah pergi sekolah, semua belajar kat rumah. Kan teknologi dah canggih, buleh buat video conference jer. Setiap satu rumah akan ada banyak laptop. Jimat kos buku sekolah, kos baju sekolah dan mak bapak boleh tengok anak-anak belajar depan mata. So tak ada lah kes ponteng sekolah lagi. Bukan ke tu bagus.

Sleeping Kitty On Monitor Hal beli-belah barang dapur dah settel dgn on-line jugak. Biler teknologi dah canggih, pasar raya yang besar-besar dah buleh buat on-line shoping mereka. Alah...macam eBay tu.

Cuba kiter gambarkan macam mana keadaan bandar kiter biler semua urusan on-line. Jalan raya lenggang, pencemaran kurang dan jenayah pun pasti berkurangan.

Antique 1 Yang akan sibuk atas jalan raya, cuma perkhidmatan pernghantaran macam courier service tu. Kalau beroperasi, diorang pun buleh ikut jadual, so tak de lah sesak sangat jalan. Lagi pun buleh buat penghantaran ikut daerah. Kan lebih senang.

Yang mungkin akan jadi masaalah kalau elektrik buat hal. Tapi aper susah beli lah generator. Orang kampung pun pandai pakai generator lah....


Laughing 1
Cuma yang tidak buleh beroperasi secara on-line ialah restoran, workshop, salun dan macam-macam lagi perkhidmatan terus untuk pelanggan (bak kata opmuteh ’direct service consumer’). Aku rasa lah kan, mula-mula mungkin mereka akan sakit sket lah... tapi untuk sementara sebab nak adjust financial mereka. Tapi lepas setahun dua mungkin dah okay kot.
BBQ
Alah....saper-saper yang nak makan kat luar masih lagi buleh buat macam selalu. Workshop pun masih diperlukan, tu perkhidmatan pernghantaran kan pakai kederaaan bermotor. Salun pun sama jugak. So pendek kata, diorang sumer tak payah risau lah.


Hhmmmm, aper lagi yang mungkin terjejas atau mendatang kan keburukan............. biaq aku pikir sat.

Haaaa, kilang-kilang dan perhotelan. Aku rasa kilang okay, buleh on macam biasa. Sebab orang ramai masih menggunakan product. So orang kilang buleh pegi kerja macam biasa. Diorang naik bas kilang, jimat minyak dan kurang pencemaran. Hotel pulak, kalau hari biasa mungkin orang luar yang akan penuh kan hotel. Alah, macam orang yang kena kerja outstation tu, tak pun orang dari negara asing. Musim cuti sekolah, sama macam biasa dan mungkin lagi meriah kot. Ialah, orang lama dok terperuk kat rumah mesti excited liger biler nak pegi bercuti duit simpan pun mesti banyak sebab tak payah spend untuk minyak.

Meditate Yang aku focus kan sekarang ni ialah orang-orang yang macam aku nieh.kerja di sector perkhidmatan yang terlampau banyak duplication services. Tapi gaji tak seberape, nak tanggung kos minyak, nak bangun pagi-pagi dan macam-macam lagi lah... Sumer tu macam tak berbaloi jer.

Wedding Cake Biler aku kawin nanti, nak pikir pasal anak pulak. Kan bagus biler kiter semua boleh kerja dari rumah jer. Suami pun ada depan mata beb . Anak pun tak terbiar.

Jadinya, kalau 20 tahun akan datang macam yang aku fikirkan, MESTI BEST GILER!!!!

Kalo kiter ni jadi negara pertama yang buat benda-benda macam ni, MESTI POPULAR GILER!!!

Kalo lah aper yang aku fikirkan ni jadi kenyataan, aku kena lah berfikir dan belajar skill yang ada kemahiran. Macam jahit baju ker, buat kek ker, buat ape2 lah yang tak der jual kat pasar raya dan buleh jual on-line.

Hhmmmm....... MALAYSIA BULEH!

That's Hot!
><(((:>GC<:)))><