Geng GC

Wednesday, April 1, 2009

'Bukit Gantang'

Sejarah penubuhan UMNO bermula daripada satu perhimpunan besar-besaran yang diberi nama Kongres Melayu Se-Malaya. Perhimpunan yang dirancang oleh Persatuan Melayu Selangor dan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 menghimpunkan 41 buah pertubuhan-pertubuhan Melayu. Perhimpunan yang berdasarkan kepada penolakkan terhadap gagasan Malayan Union tajaan British itu di pengerusikan oleh Dato’ Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor yang akhirnya telah bersetuju dan sepakat terhadap 3 usul utama iaitu:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah penubuhan Malayan Union dan,
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu.

Kongres tersebut juga telah bersepakat melantik Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) bagi menganggotai sebuah jawatankuasa bagi mendrafkan satu piagam datu perlembagaan UMNO.

Piagam inilah yang akhirnya dibentang dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya yang bersidang di Istana Besar Johor Bahru yang mana kongres itu juga dianggap sebagai perhimpunan agung pertama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( PEKEMBAR ) yang juga secara rasminya pada tarikh itu tertubuhlah UMNO.
.:::. (^.^) .:::.
Begitu asalnya sejarah kelahiran UMNO....hhhmmm, baru aku faham. Aku anak kelahiran Kuala Lumpur yg mengenal erti hidup cuma baru 31 tahun sedangkan UMNO telah subur lahir selama 63 tahun. Andai aku anak kelahiran Johor pasti aku berbangga (tp x bermakna aku x bangga jd anak jati KL..).
Kenapa aku tiba2 je berminat nak tahu tentang 'politik' ni??? Hmmmm, semuanya sebab " KJ ".
Apa yg aku perolehi dari 'Wikipedia Bahasa Melayu' adalah seperti berikut:-
.:::.Khairy Jamaluddin
.:::.Naib Ketua Pemuda UMNO (ni jawatan yg lama...wiki belum update kot)
.:::. Ahli Parlimen Rembau
.:::. Mula berkhidmat Mac 9 2008
.:::. Tarikh lahir Januari 10 1976 (umur 33)
.:::. Tempat lahir Bandaraya Kuwait, Kuwait
.:::. Parti politik UMNO sebahagian daripada BN
.:::. Pasangan Nori Abdullah Badawi
.:::. Hubungan Menantu lelaki Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
.:::. Pekerjaan Ahli politik, Wartawan
.:::. Agama Islam
.:::. Laman web http://www.rembau.net/
.:::.
Pada mulanya aku nak tahu lebih lanjut tentang 'siapa KJ' tetapi ada sesuatu telah mengalih minat aku. Semasa aku baca sejarah kelahiran UMNO aku terbaca suatu nama yg menarik iaitu Dato’ Panglima Bukit Gantang . Siapa dia???
.:::.
Dato' Panglima Bukit Gantang bukan calang-calang orang, dia adalah salah seorang yang mengasaskan penubuhan UMNO, dia adalah SETIAUSAHA AGUNG UMNO YANG PERTAMA, dia pernah dipilih sebagai TIMBALAN PRESIDEN UMNO, NAIB PRESIDEN DAN AHLI MAJLIS TERTINGGI.
Dia merupakan anak Melayu Perak yang julung-julung kali lulus dalam jurusan undang-undang daripada University of London dan Inner Temple pada tahun 1930.
Semasa menjawat jawatan setiausaha agung UMNO, Dato' Panglima Bukit Gantang menggunakan pejabat guamannya untuk menjalankan tugas pentadbiran parti antara tahun 1946 dan 1949. Dia mengorbankan bukan sahaja tenaga dan buah fikiran untuk UMNO tetapi wang ringgit dan harta bendanya.
Dato' Panglima Bukit Gantang juga berperanan selaku Orang Besar Lapan Perak dan dia sangat rapat dan menjadi orang kepercayaan Sultan Perak ketika itu, Sultan Abdul Aziz Shah.
Semasa dalam UMNO, Dato' Panglima Bukit Gantang adalah orang kedua terpenting selepas Dato' Onn.
Beliau adalah penyatu orang Melayu Perak semasa menentang Malayan Union, beliau memimpin Pakatan Melayu Perak (PMP) untuk mendokong UMNO dan kemudiannya menjadi Bahagian UMNO Perak. Beliau cukup berpengaruh di kalangan pengkhidmat awam, guru-guru, ketua kampung dan masyarakat Melayu keseluruhannya.
Beliau dikatakan cuba menubuhkan sebuah pakatan parti-parti politik 'berbilang kaum' yang dinamakan NATIONAL CONVENTION pada awal tahun 1953.
Tindakan Dato' Panglima Bukit Gantang dengan sokongan enam orang Menteri Besar menubuhkan National Convention telah mengguris perasaan Tunku selaku presiden UMNO.Jalan keluar terbaik bagi Tunku - pecat Dato' Panglima Bukit Gantang. Pemecatan itu dibuat pada 2 April 1953 pada mesyuarat agung UMNO di Melaka walaupun dibantah oleh perwakilan UMNO Perak.
Dato' Panglima Bukit Gantang mengetuai UMNO Perak sejak 1946 hinggalah dia dipecat pada 1953.
Nama Dato' Abdul Wahab yang sinonim dengan Bukit Gantang semestinyalah satu nama yang cukup besar dalam sejarah perjuangan politik orang Melayu. Bukit Gantang bukan satu nama kecil dalam sejarah perjuangan politik Melayu.
(from Detikdaily : http://www.detikdaily.net/v5)
.:::.
Tetapi, aku lebih tertarik lagi bila membaca tentang 'serajah awal' mengenai "Kelahiran Panglima Bukit Gantang". Percaya atau tidak berikut adalah hasil drp 'research' aku mengenainya:-
In 1782, Boromoraja Ekataat the V shifted to the new Kota Meang Kuang palace, close to Jitra Kedah . He was murdered by invading Rama II forces in Kedah in the year 1821. Earlier, in the 1758 his son, Po Chan Koya Long return from Cambodia with his followers and as the Raja of ligor in waiting, assume the post of the Raja of Kuala Kangsar in Perak. His eldest son is non other than Nai Lang or Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang.
.:::.
Hhmmm...macam tu kisahnya kelahiran 'nama' Panglima Bukit Gantang'....tapi itu kisah 188 tahun dahulu (1758-1946)... Kisah 'lama' ..... tapi bagi aku ianya sangat bermakna kerana dalam 'wiki' ada menyebut.... "Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz merupakan bekas Menteri Besar Perak -dilahirkan pada 1905 di Perak -beliau dari keturunan bangsawan Perak (Pembesar Empat Perak)".
.:::.
Aku akan terus membaca dan mencari kisah disebalik "Bukit Gantang" sebab makin lama diselongkar makin menarik jadinya...
.:::.

1 comment:

mcsheaje said...

this website click this see page dolabuy louis vuitton click here to find out more read the article

><(((:>GC<:)))><