Geng GC

Thursday, April 30, 2009

Project Bakul

Baca betul-betul... Project Bakul...bukan nya Project Bakun.
Mesti ramai yang pernah tengok atau beli bakul yang diperbuat daripada surat khabar kan...
So, project hujung minggu yang panjang ni aku bercadang nak mencuba (^.^)
.:::.

.:::.

Macam-macam bentuk rupanya yang mereka dah cipta. Creative sunguh diorang.
Sebagai permulaan, aku cuba buat yg kecil dulu lah... and we'll see what will happen ya!
.:::.
To all blogers out there; drive safetly ; enjoy happily ; eat many..many..
he3x ((wah...awal nya mood cuti aku))

Siapa Aku by Jebart

Selalu bila aku beli bahan bacaan baru, mesti HFI tak berminat nak tahu lebih lanjut. Ayat dia masa belek2 (terutama novel), dia akan kata "tak bosan ke baca buku yg tak ada gambar?"...
.
Semalam, lepas habis kerja aku panjangkan langkah ke kedai buku yg Popular tu lah. Dalam tenung punyer tenung..((masih mencari NAPIRU))...aku ternampak buku ini yg terletak agak terpencil ((rak bawah dan hujung sekali dekat dinding)) kesian...Tapi yang buat aku tertarik adalah tajuk nya "SIAPA AKU". Bila tarik buku ini dari rak nya, ternampak pula cover yg unik dan bila diselak helaian nya...lagilah menarik... Inilah buku yg HFI pernah sebut. Aku lanjutkan membaca ke cover belakang...
.
Hhhmmm, memang menarik, bunyinya begini...
.
"Diriku umpana apam.
Apabila dikukus pasti sedap rasanya.
Tetapi apabila digoreng nescaya hancur jadinya.
Aku melihat dunia ini bulat seperti donat,
tetapi isinya tidaklah semanis kuih donat.
Karipap penuh dengan pelbagai inti.
Ada ubi kentang, daging, perisa kari dan juga sardin.
Tetapi bukan semuanya sedap.
Ada juga rasa pahit, manis, masin dan pedas.....
SIAPA AKU? "

.
Untuk geng bloger yang rasa nak ubah angin membaca, boleh lah cari buku ini (http://www.pts.com.my/)
.
Inilah yang aku maksudkan.....
.




.
Baru baca separuh, dah asyik tergelak sendiri sampai tak sedar rupanya aku tengah tunggu teksi...segan juga bila orang kiri kanan toleh (^.^)
.
Untuk Jebart, aku pasti cari karya kamu lagi......

Wednesday, April 29, 2009

THE END


Finally, we come to the end.


The result has been revealed today. One of us must go. The company facing a bad revenue and have to down-sizing as soon as possible ((is that the TRUE reason???)).

Sadly, this new have been hunted me and SMR for the past 3 weeks. And today, SMR have to go. I must say Alhamdulillah as my service still ‘valid’ and still needed by the company ((is that the TRUE reason also??? Or I might be next?!?!?!!!)).

Both of us were hungrily looking for a job since that miserable new was presented direct on our face. SMR still looking for job but SMR have to leave, the sooner the better… ((ya rite!!...they will give SMR extra pay)).

SMR just become a father for not more that 2months. SMR’s wife is still on maternity leave okay.

I know that I sounded mad as I is the one who been asked to leave…. Want to know why I’m so mad…?? ‘They’re’ hiring 2 more people to replace SMR with higher position and the best reason they gave was, “we don’t think that we need 2 position of AC”.

Partly I do agree with ‘them’ as SMR performance was not at their expectation and SMR has been compare with me….((I’m still new however he still not performing)). But common, no one is perfect. SMR may need more time and cant they REALLY LOOK at SMR best at????. SMR expertise still or sure be needed in future.

I will pray that SMR will and surely will get a better or may be the best job in his life.

I’ll see the performance of these 2 new people as they have been talk around that both of them are ‘professional’.

Tomorrow is SRM last working day…...

Monday, April 27, 2009

Dia Dah Pergi ** (F *FIL)





Salam Takziah buat HFI sekeluarga atas pemergian ayahanda tercinta.


Semoga ruh ayahanda ditempatkan bersama mereka yg beriman soleh.


Al'Fathihah.

Friday, April 24, 2009

Hanya 1




Tak tahu macam mana nak mula cerita. Sebab cerita nya panjang dan bukan lah satu cerita yang gembira. Aku paste kan gambar ini sebagai luahan emosi. Lagipun belum ada masa untuk tulis ayat panjang2... tak de mood (! . !)
Nanti bila mood dah okay, aku luahkan semuanya.

Wednesday, April 22, 2009

Still Awaiting...


STILL AWAITING.......

Tuesday, April 21, 2009

Tomorrow Will Be The DAY.

Tomorrow Will Be The DAY.
Counting Every Momont Like A TIME BOMB.

Monday, April 20, 2009

I Have a Sad


Why must me, to carry your sin..
Why must me, to eat your rubbish..
Why must me, to drink your lie..
Why must me, to hold your dumb..
.:::.

Tuesday, April 14, 2009

Beza

.:::.
Kita sering membezakan dan dibezakan diantara satu dengan yang lain.
Namun pada hakikat dasarnya kita memang tiada beza.
.:::.

Friday, April 10, 2009

Thursday, April 9, 2009

Keropok Cendawan

.:::.
Siapa pernah makan Keropok Cendawan? Ini lah dia, sungguh menarik bungkusan nya tapi rasa...hampehhh... Bagi pada kawan2 office pun diorang reject. Harga nya RM4.59 ((mahal)).
.:::.

Wednesday, April 8, 2009

Khas Untuk Mikhail

.:::.
Sejak 'pengedarnya' tidak sertakan penanda buku untuk novel keluaran mereka, aku buat lah penanda buku sendiri.
Setiap novel yang baru, aku akan buat penanda buku yg baru.
Tak ambil masa yg lama pun.
Ada 'bahan', pensil dan gunting....sure jadi.
.:::.
Dan 'bahan' kali ini ialah postcard yg aku beli dari satu Persatuan OKU yg kurang pendengaran.
Cantik2 lukisan mereka.
Beli pun sebab niat nak derma ikhlas ((nak post kat saper pun))..
.:::.
Yg ini khas untuk Mikhail yg belum habis baca lagi.
.:::.

Ujian Itu Rahmat

.:::.
Mungkin ujian Allah terasa berat, siksa, sakit, sedih, keciwa, hampa...
Jadi buka lah mata hati untuk menerima ujian Nya yang Masa Esa...
.:::.
Aku telah diuji...
Ya Allah, aku bersyukur kerana Kau menunggu sehingga hambamu ini bernafas hidup selama 31 tahun untuk diuji...
.:::.
Dan aku sedang cuba menghadapi ujian Mu dengan sebaik mungkin...
.:::.
Ya Allah, sesugguhnya Kau Masa Pengasih dan Penyayang...
Belum pun habis ujian Mu ini,
Kau telah memberiku Rahmat Mu...
.:::.
Walau pun hambamu ini sering lalai dan lupa,
Kau perlihat kan Rahmat Mu yang sedang menanti...
Berilah aku peluang untuk menikmati Rahmat Mu (andainya ia memang buat ku)...
.:::.
Amin, Ya Rabbal A'lamin
.:::.
.:::.
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
.:::.
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim
.:::.
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
.:::.
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu
.:::.

Monday, April 6, 2009

"GUMAM SUARA"


.:::.
"Gumam Suara"
.:::.
Lihat nya keindahan
Lihat ku kekurangan
.
Sinar nya mengejar malam
Sinar ku kerinduan
.
Bicara nya bergema alam
Bicara ku bergumam
.
Langkah nya tertib waktu
Langkah ku menyimpang
.
Bayu nya belaian jiwa
Bayu ku kosong jiwa
.
Pergi nya menanti esok
Pergi ku akan hilang
.
.:::.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.
(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
.:::.
.:::.
Sekiranya bukan dengan kehendak Mu Ya Allah, pasti aku tiada lagi di sini.
.:::.

Friday, April 3, 2009

"Ulat Dlm Batu Vs Tulang 4 Kerat"

.:::.

Apa yang harus anda lakukan sekiranya anda berasa bosan dengan pekerjaan yg kita lakukan sekarang ini?

(a) Cari kerja lain atau (b) Berniaga sendiri
.
Kedua-duanya perlukan sokongan.
.
(a) Cari kerja lain
.:::. apa kelayakan yg ada
.:::. apa jawatan yg sesuai
.:::. adakah jawatan yg kosong
.
(b) Berniaga sendiri

.:::. adakah modal
.:::. apa yg hendak diniagakan
.:::. bagaimana nak bermula
.

Jika anda yakin dengan kelayakan anda dan jawatan yg dipohon sesuai dengan keinginan serta jiwa anda, maka pilihan jawapan (a) adalah yg paling tepat buat anda.
.
Jika anda mempunyai simpanan dan tidak mahu lagi menjadi 'orang suruhan', maka pilihan jawapan (b) adalah yg paling sesuai buat anda.
.
TETAPI bagaiman jika, anda tidak mempunyai kelayakan yg bagus dan anda juga tidak mempunyai simpanan ((berhutang dengan bank (personal loan) adalah)).
.
Pilihan apakah yg anda ada??
.
Kata orang tua2..."sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula kita manusia yang ada tulang 4 kerat"....
.
Masih 'valid' lagi kah pepatah orang tua2 ini?
.
.
foot-note.:::. aku akan cuba membantu 'DIA' dengan apa yg termampu .:::.
.

"RS"

.:::.
.:::..:::.
Tak tahu lah kenapa,
sejak 2 menjak ni
asyik dok teringat kat
Ratu Sulaman...
asyik dok terbayang-bayang
macam mana lah rupanya.
Pelik pulak,
kenapa boleh berangan kat Ratu Sulaman (^.^)
Kenapa yekk??
.:::. .:::. .:::.

Thursday, April 2, 2009

Botak Bodoh ke Aku....???

Aarrggghhhhh...!!!!!
Bodoh....bodoh sungguh..!!! (ke aku ni yg bodoh sbnrnya)
Aku penat2 beratur, si Botak tu yg dapat teksi...!!!
Datang entah dari mana tah, alih2 dok depan aku... udah ler duduk depan aku, bukan nak tahan teksi, dia berdiri peluk tubuh ajer..!!!
Aku yg tahan teksi tu.... then bila teksi tu berhenti, si Botak tu dengan muka selamba terus pergi buka pintu teksi...
Apa dia ingat aku ni 'kuli batak' dia tolong tahan kan teksi untuk dia ke?!?!?!?!?
Aduhhh....laaaaaa....semakkk betull...!!!
Hhmmm, nasib baik tak lambat sampai office...

Wednesday, April 1, 2009

'Bukit Gantang'

Sejarah penubuhan UMNO bermula daripada satu perhimpunan besar-besaran yang diberi nama Kongres Melayu Se-Malaya. Perhimpunan yang dirancang oleh Persatuan Melayu Selangor dan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 menghimpunkan 41 buah pertubuhan-pertubuhan Melayu. Perhimpunan yang berdasarkan kepada penolakkan terhadap gagasan Malayan Union tajaan British itu di pengerusikan oleh Dato’ Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor yang akhirnya telah bersetuju dan sepakat terhadap 3 usul utama iaitu:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah penubuhan Malayan Union dan,
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu.

Kongres tersebut juga telah bersepakat melantik Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) bagi menganggotai sebuah jawatankuasa bagi mendrafkan satu piagam datu perlembagaan UMNO.

Piagam inilah yang akhirnya dibentang dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya yang bersidang di Istana Besar Johor Bahru yang mana kongres itu juga dianggap sebagai perhimpunan agung pertama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( PEKEMBAR ) yang juga secara rasminya pada tarikh itu tertubuhlah UMNO.
.:::. (^.^) .:::.
Begitu asalnya sejarah kelahiran UMNO....hhhmmm, baru aku faham. Aku anak kelahiran Kuala Lumpur yg mengenal erti hidup cuma baru 31 tahun sedangkan UMNO telah subur lahir selama 63 tahun. Andai aku anak kelahiran Johor pasti aku berbangga (tp x bermakna aku x bangga jd anak jati KL..).
Kenapa aku tiba2 je berminat nak tahu tentang 'politik' ni??? Hmmmm, semuanya sebab " KJ ".
Apa yg aku perolehi dari 'Wikipedia Bahasa Melayu' adalah seperti berikut:-
.:::.Khairy Jamaluddin
.:::.Naib Ketua Pemuda UMNO (ni jawatan yg lama...wiki belum update kot)
.:::. Ahli Parlimen Rembau
.:::. Mula berkhidmat Mac 9 2008
.:::. Tarikh lahir Januari 10 1976 (umur 33)
.:::. Tempat lahir Bandaraya Kuwait, Kuwait
.:::. Parti politik UMNO sebahagian daripada BN
.:::. Pasangan Nori Abdullah Badawi
.:::. Hubungan Menantu lelaki Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
.:::. Pekerjaan Ahli politik, Wartawan
.:::. Agama Islam
.:::. Laman web http://www.rembau.net/
.:::.
Pada mulanya aku nak tahu lebih lanjut tentang 'siapa KJ' tetapi ada sesuatu telah mengalih minat aku. Semasa aku baca sejarah kelahiran UMNO aku terbaca suatu nama yg menarik iaitu Dato’ Panglima Bukit Gantang . Siapa dia???
.:::.
Dato' Panglima Bukit Gantang bukan calang-calang orang, dia adalah salah seorang yang mengasaskan penubuhan UMNO, dia adalah SETIAUSAHA AGUNG UMNO YANG PERTAMA, dia pernah dipilih sebagai TIMBALAN PRESIDEN UMNO, NAIB PRESIDEN DAN AHLI MAJLIS TERTINGGI.
Dia merupakan anak Melayu Perak yang julung-julung kali lulus dalam jurusan undang-undang daripada University of London dan Inner Temple pada tahun 1930.
Semasa menjawat jawatan setiausaha agung UMNO, Dato' Panglima Bukit Gantang menggunakan pejabat guamannya untuk menjalankan tugas pentadbiran parti antara tahun 1946 dan 1949. Dia mengorbankan bukan sahaja tenaga dan buah fikiran untuk UMNO tetapi wang ringgit dan harta bendanya.
Dato' Panglima Bukit Gantang juga berperanan selaku Orang Besar Lapan Perak dan dia sangat rapat dan menjadi orang kepercayaan Sultan Perak ketika itu, Sultan Abdul Aziz Shah.
Semasa dalam UMNO, Dato' Panglima Bukit Gantang adalah orang kedua terpenting selepas Dato' Onn.
Beliau adalah penyatu orang Melayu Perak semasa menentang Malayan Union, beliau memimpin Pakatan Melayu Perak (PMP) untuk mendokong UMNO dan kemudiannya menjadi Bahagian UMNO Perak. Beliau cukup berpengaruh di kalangan pengkhidmat awam, guru-guru, ketua kampung dan masyarakat Melayu keseluruhannya.
Beliau dikatakan cuba menubuhkan sebuah pakatan parti-parti politik 'berbilang kaum' yang dinamakan NATIONAL CONVENTION pada awal tahun 1953.
Tindakan Dato' Panglima Bukit Gantang dengan sokongan enam orang Menteri Besar menubuhkan National Convention telah mengguris perasaan Tunku selaku presiden UMNO.Jalan keluar terbaik bagi Tunku - pecat Dato' Panglima Bukit Gantang. Pemecatan itu dibuat pada 2 April 1953 pada mesyuarat agung UMNO di Melaka walaupun dibantah oleh perwakilan UMNO Perak.
Dato' Panglima Bukit Gantang mengetuai UMNO Perak sejak 1946 hinggalah dia dipecat pada 1953.
Nama Dato' Abdul Wahab yang sinonim dengan Bukit Gantang semestinyalah satu nama yang cukup besar dalam sejarah perjuangan politik orang Melayu. Bukit Gantang bukan satu nama kecil dalam sejarah perjuangan politik Melayu.
(from Detikdaily : http://www.detikdaily.net/v5)
.:::.
Tetapi, aku lebih tertarik lagi bila membaca tentang 'serajah awal' mengenai "Kelahiran Panglima Bukit Gantang". Percaya atau tidak berikut adalah hasil drp 'research' aku mengenainya:-
In 1782, Boromoraja Ekataat the V shifted to the new Kota Meang Kuang palace, close to Jitra Kedah . He was murdered by invading Rama II forces in Kedah in the year 1821. Earlier, in the 1758 his son, Po Chan Koya Long return from Cambodia with his followers and as the Raja of ligor in waiting, assume the post of the Raja of Kuala Kangsar in Perak. His eldest son is non other than Nai Lang or Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang.
.:::.
Hhmmm...macam tu kisahnya kelahiran 'nama' Panglima Bukit Gantang'....tapi itu kisah 188 tahun dahulu (1758-1946)... Kisah 'lama' ..... tapi bagi aku ianya sangat bermakna kerana dalam 'wiki' ada menyebut.... "Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz merupakan bekas Menteri Besar Perak -dilahirkan pada 1905 di Perak -beliau dari keturunan bangsawan Perak (Pembesar Empat Perak)".
.:::.
Aku akan terus membaca dan mencari kisah disebalik "Bukit Gantang" sebab makin lama diselongkar makin menarik jadinya...
.:::.

Bodoh..!!!


...bodoh, memang bodoh..!!!!.
nama je pakai kereta besar, tapi akal ciputt....

tak boleh nak baca ke dah terang2 tulis untuk teksi..!!!!.

yang korang dengan tak tau malu parking kereta korang kat tepi jalan tu kenapa hahhh!!!!.

kang aku naik terus duduk kat belakang pastu suruh korang jalan baru tau..!!! .

dah la aku terlambat nak pergi kerja.... lagi korang 'bikin' panass.....

bila lah rakyat malaysia ni nak sedar...hhhmmmm.... .

.:::.
><(((:>GC<:)))><