Geng GC

Wednesday, January 14, 2009

SMJC & SMC (1991-1995)

LEPAS BACA ENTRY BARU BLOG SMC95, TERINGAT ZAMAN SEKOLAH DULU. AKU NI BUKAN LA DALAM GOLONGAN YG GLAMOUR...MAKLUM LA, TAK CANTIK. TAPI AKU ADA KAWAN2 YANG BUAT AKU KETAWA BILA TERKENANG BALIK PERANGAI DULU2.


INI LAH SEKOLAH YANG TELAH MENDIDIK DAN MEMBENTUK ASAS PERIBADI AKU.
SEKOLAH MENENGAH CHERAS.


ANTARA KAMI RAMAI YANG DAH BERKELUARGA, RAMAI YANG DAH BERJAYA DAN TAK LUPA PADA YANG TELAH KEMBALI KE-RAMAHTULLAH...AL-FATIHAH. HMMM...RAMAI LAGI YANG TAK TAHU KABAR BERITA.
DULU (1991) IA CUMA DI PANGGIL SEKOLAH MENENGAH JALAN CHERAS-SMJC DAN LAMBANG SEKOLAH BULAT BERWARNA BIRU DENGAN GAMBAR SEBATANG KUNCI. SEJAK DARI ITU SEKOLAH AKU DIGELAR 'CAP KUNCI'. HANYA 'OTAI2' LAMA AJE TAU SEJARAH 'CAP KUNCI' NI. ...HE3X


TAPI SEMUANYA BERUBAH BILA DAPAT PENGETUA BARU DAN GURU DISPLIN BARU. KALAU TAK SILAP PENGETUA TU NAMA NYA 'CIKGU SAMAD' DAN GURU DISPLIN TU NAMA NYA 'CIKGU RAJA ROSLAN'.

SEMUA NYA BERUBAH SEKELIP MATA.


PERUBAHAN YANG AKU MAKSUDKAN IALAH DISPLIN PELAJAR DAN PRESTASI SEKOLAH.


NAMA SEKOLAH -SMJC DAH DITUKAR KEPADA SMC-SEKOLAH MENENGAH CHERAS, BEGITU JUGA LAMBANG NYA. DAH TAK ADA 'KUNCI' TAPI DIGANTIKAN DENGAN '5-BIJI SKREW'...HE3X


GELAK AKU BILA TERINGAT MASA KENA KEJAR DENGAN PENGAWAS SEBAB LARI PONTENG SEKOLAH. ENTAH APA LAH YANG AKU FIKIR WAKTU ITU. TAPI MUJUR LAH AKU TAK HANYUT JAUH. INI SEMUA SEBAB ABAH AKU YANG GARANG.


SEMANGAT CEKAL DAN BERSUNGGUH KE-2 ORANG CIKGU UNTUK MEMBANGUNKAN SEMULA MARUAH DAN MARTABAT SEKOLAH YANG AMAT POPULAR DI BALAI POLIS CHERAS WAKTU ITU.


TAPI ITU DULU...DISEBAB KAN KETEGASAN CIKGU SAMAD KAMI (1993) YANG KAMI GELAR 'SI PENDEK...SI KETOT'...DAN MACAM-MACAM LAGI LAH...AKHIRNYA SEKOLAH KAMI PADA TAHUN 1994 TELAH MENJADI SALAH SATU DAPIRADA WAKIL SEKOLAH CONTOH UNTUK WILAYAH PERSEKUTUAN. WALAUPUN SEKOLAH AKU TAK MAMPU MENJADI SEKOLAH CONTOH, TAPI BAGI AKU TERCALON PUN SUDAH MENJADI SUATU KEBANGAAN. BERHASIL USAHA CIKGU SAMAD WALAUPUN DALAM MASA YANG AMAT SINGKAT. DENGAR CERITA CIKGU SAMAD DITUKARKAN KE SALAH SEBUAH SEKOLAH MRSM.


AKU PASTI, TEMAN2 YANG LAIN PUN ADA KENANGAN TERINDAH ZAMAN PERSEKOLAHAN....DAN BAGI AKU, TAK ADA YANG LEBIH INDAH NAK DIBANDINGKAN DENGAN KENANGAN AKU BERSAMA SEKOLAH MENENGAH CHERAS.

http://smc95.blogspot.com/

2 comments:

Anonymous said...

buy tramadol buy tramadol spain - buy tramadol 180

Anonymous said...

phentermine side effects dangers buy phentermine online from mexico - buy phentermine denver

><(((:>GC<:)))><