Kadang-kadang kita tak tahu apa sebenarnya yang kita mahukan. Pilihan yang datang amat mengelirukan. Kita tahu setiap jawapan yang kita pilih, bakal memberi kesan kepada kita. Mungkin sebab itulah kita menemui jalan buntu bila keadaan mendesak kita membuat pilihan. Tapi apakah benar keadaan yang mendesak kita...atau pun kita yang sengaja melengah-lengahkan.
Kadang-kadang apa yang kita mahukan itu, sebenarnya adalah kehendak semata-mata. Kita pantas lupakan keperluan dan lebih mementingkan kehendak.
Adakah kita telah memilih keputusan yang terbaik?
******
Aku dan Kau...
Tak siapa yang mahu...
Aku dan Kau...
Bahagia atau duka...
Aku dan Kau...
Kehendak dan Keperluan...
Aku dan Kau...
Adalah Pilihan...
2 comments:
kalau kita tau apa disebalik yang kita pilih..rasanya manusia tak berani buat pilihan kerana takut kegagalan. fikirkan baik dan buruk sesuatu? adakala itu juga tak beri jawapan yang terbaik.
Sebenarnya apa yang penting berani buat keputusan dan hadapinya. kerana dari situlah kita tau dah buat yg terbaik..
Hanya Cik Gc yang tau apa yang cik Gc nak...
hhmmm, betul kata Cik Sue tuh..
Post a Comment