Geng GC

Wednesday, May 30, 2012

scary, fat, ugly

I dreamed of being bitten by a scary, fat, ugly rat...

Thursday, May 24, 2012

Akan Ku Genggam Biar Pun HITAM


 "Skandal"…
Diterjemahkan bermaksud :: perihal terlampau mahal, perihal yang melampaui tatasusila.

Jika mengikut terjemahan ini, pasti yang terlintas difikiran adalah hubungan si lelaki dan si perempuan yang sumbang, tidak mendapat restu dan lebih mudah difahami dengan mengatakan ia adalah kecurangan terhadap pasangan.  

Apa yang mencetuskan seseorang itu bergelumang dengan skandal?  Hati siapa yang curang sebenarnya?  Siapa pula yang harus dipersalahkan? 

Ada pula pendapat yang mengatakan skandal itu perkara biasa.  Hanya mahu mengisi masa lapang, mencari keseronokkan dan mengabiskan waktu dengan orang lain untuk mencari kelainan.  Faktor yang sering ditarik sebagai punca adalah pasangan sekarang tidak boleh memahami dan ada juga menjadikan tidak lagi serasi dan tidak lagi menemui persefahaman.  Tidak dinafikan ada juga skandal yang bersifat 'gatal' semata-mata dan mengambil kesempatan orang lain.  Ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja, yang baru berkawan-kawan, bertunang dan yang telah berkeluarga.  Banyak persoalan akan timbul, menjadikan tajuk skandal sebagai perbincangan.  Menundingkan jari kepada orang lain amat mudah.  Mencari salah orang memang senang.   


Perlukah menyemai benih skandal bila hilangnya rasa sayang kepada pasangan anda?  Berbaloikah berselindung dan sembunyikan skandal dari orang yang pernah menjadi raja atau ratu di hati anda? Bagaimana pandangan masyarakat dan rakan karib anda tentang pasangan skandal?
  • Mereka adalah orang yang mempunyai masaalah dalam hubungan, maka melarikan diri dengan skandal
  • Mereka adalah orang yang ingin memporak perandankan hubungan orang lain, i.e gatal
  • Mereka adalah orang yang mencari kebahagiaan baru setelah hubungan sekarang menemui jalan buntu
  • Mereka adalah orang yang biasa-biasa saja di zaman serba moden
  • Mereka adalah orang yang cerdik pandai dalam mengatur perjalan cerita hubungan mereka
  • Mereka adalah orang yang mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masaalah
  • Mereka adalah orang yang pendek akal
  • Mereka adalah orang yang di ainaya
Pilihlah yang mana menepati label anda terhadap mereka yang berada di alam skandal.  Jika tiada satupun seperti yang di atas, mereka adalah orang yang bagaimana sebenarnya?Mungkin skandal perlu.  Bila ingin mencari sinar baru.  Mungkin lirik lagu ini memberi erti kepada pasangan skandal di luar sana.

Ku jejak jalan yang berliku, Membara jiwaku memburu impian
Ku renang lautan gelora, Biarpun tersadai di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan, Biarpun rebah ku bangun sendiri
Akan ku genggam biarpun hitam, Menjadi milikku
Ku mula dengan dengan langkah ini, Menuju sinaran yang abadi
Yang abadi…

GC tidak mahu menilai dan menghukum mereka.  Namun kepada mereka yang menjalinkan skandal dan telah merasa bahagia, tanpa menyakiti hati orang lain, syabas GC ucapkan.



 

Monday, May 21, 2012

Thursday, May 17, 2012

Tuesday, May 15, 2012

Sebelum nak bercakap, FIKIR LAH DULU..!!!

Kata orang tua-tua, 
Terlajak perahu boleh berundur, 
Terlajak kata buruk padahnya...
:::::::
Biar dijelaskan di sini maksud kata-kata itu.
:::::::
Sebelum nak bercakap, FIKIR LAH DULU..!!!
:::::::
 

Thursday, May 10, 2012

Gastrik Oh Gastrik


Mesti pernah dengar penyakit 'gastrik'.  Lebih kerap di dengar bila menjelang bulan ramadhan.
Tapi sekarang ni bukan GC nak cerita pasal 'drama bulan puasa'...

Cerita ni terjadi semalam....
Siapa yang pernah alami nya pasti tahu bagaimana seksa sakit gastrik.....
Sakittttt oooooo..... tak tahu macam mana nak gambarkan...
Kejadian malam tadi betul-betul memberi kesedaran... (ehemmm, sedar ke pun...hehehe3x)
Yang tak best tu, dah lah kita ni sakit... kena marah pulak tu.. memang hampehh....
Doktor bagi satu injection dengan ubat tidur... itu lah ubat nya...

Bagi yang tak pernah tahu atau ingin tahu lebih lanjut tentang gastrik.. teruskan la membaca :D

Gastrik

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.
      
    Tip Sepanjang Bulan Puasa
    • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
    • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
    • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
    • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
    • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
    • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
    • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
    • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
    • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
    • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.
      >> source: pmr.penerangan.gov.my 

Thursday, May 3, 2012

><(((:>GC<:)))><