Geng GC

Friday, November 21, 2008

Thursday, November 20, 2008

KEJAYAAN MU'MIN

Tak ada apa yang boleh nak digambarkan sewaktu seorang budak lelaki ingin menempuh "alam dewasa".
Walau apa jua siksaan yang menimpa, harus di tempuhi.
Dalam hati berkecamuk dengan macam-macam perasaan. Takut sudah pasti, gembira bakal menanti dan semagant daripada kedua orang tua amat lah diperlukan waktu itu.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan moga cepat sembuh.
Inilah "KEJAYAAN MU'MIN"



Monday, November 17, 2008

Tak Sangka Dah Setahun Kenangan Tu Berlalu...

Hari ni tetiba pulak nak tengok koleksi gamba2 lama.
Dalam byk2 koleksi, rasa terharu pulak biler tengok gamba percutian di
Port Dickson penghujung tahun 2007.
Biler tengok balik..., gelak sensorang.
Memang seronok masa tu, semuanya sekepala,
Ada yang kaki tidor,
Ada yang suka jadi "taukey haram",
(yg tu rahsia kami empat org)
Ada yang suka berendam,
Ada yang suka makan....,
MEMANG HAPPY GILER...!!!
Cuma Ejan sorang jer yg dah menyepi sket...iyerlah, skrg ni dah pangkat besau...
(jgn marah Ejan, usik2...gurau2 jer)
Tinggal 2 org jer yang sama office, Jack ngn Ayu.
Percutian yg aku organised ni macam majlis perpisahan aku la,
Sebab aku dah dapat kerja baru,
Tak sangka dah setahun kenangan tu berlalu...

Monday, November 3, 2008

RINDU KU

Sejak mula mengenali mu aku merasakan keindahan ciptaan yang Maha ESA.

Pertemuan kita tidak pernah ku angan-angankan.

Sedari mula menjejaki mu aku dapat merasakan cabaran, dugaan dan halangan yang bakal ku tempuhi pasti menyiksa zahir dan juga batinku.

Tapi dengan semngat dan keinginan untuk menakluki mu, aku gagahkan jua.

Sepanjang perjalan itu aku sering berbisik dihati bahawa nikmat nya pasti akan datang.
Segala keperitan pasti dibalas dengan kenangan yang tidak mungkin dapat ditukar ganti dengan wang.

Ada kalanya dikau sungguh menduga akal ku.

Keteguhan peribadi mu hampir mematahkan semangat ku.
Namum perasaan itu aku lawan dengan mengingati yang Maha Pencipta. Kerana dengan kehendak NYA jualah kita dipertemukan.

Sekarang kita sudah berjauhan.
Kita dipisahkan kerana aku memilih jalan hidup yang berbeza sekarang.
Kau masih di situ setia menunggu ku dengan pasti.
Aku akur pada kerinduan yang terbit dijiwa ku saban hari.

Sejuk jiwa mu bak sungai yang mengalir, aku rindu;

Ceria senyum mu bak bunga yang mekar, aku rindu;

Damai akal mu bak awan berlalu, aku rindu;

Aku belum pasti bila kita akan bertemu…

Rindu Ku…KORBU.
><(((:>GC<:)))><