Geng GC

Monday, November 3, 2008

RINDU KU

Sejak mula mengenali mu aku merasakan keindahan ciptaan yang Maha ESA.

Pertemuan kita tidak pernah ku angan-angankan.

Sedari mula menjejaki mu aku dapat merasakan cabaran, dugaan dan halangan yang bakal ku tempuhi pasti menyiksa zahir dan juga batinku.

Tapi dengan semngat dan keinginan untuk menakluki mu, aku gagahkan jua.

Sepanjang perjalan itu aku sering berbisik dihati bahawa nikmat nya pasti akan datang.
Segala keperitan pasti dibalas dengan kenangan yang tidak mungkin dapat ditukar ganti dengan wang.

Ada kalanya dikau sungguh menduga akal ku.

Keteguhan peribadi mu hampir mematahkan semangat ku.
Namum perasaan itu aku lawan dengan mengingati yang Maha Pencipta. Kerana dengan kehendak NYA jualah kita dipertemukan.

Sekarang kita sudah berjauhan.
Kita dipisahkan kerana aku memilih jalan hidup yang berbeza sekarang.
Kau masih di situ setia menunggu ku dengan pasti.
Aku akur pada kerinduan yang terbit dijiwa ku saban hari.

Sejuk jiwa mu bak sungai yang mengalir, aku rindu;

Ceria senyum mu bak bunga yang mekar, aku rindu;

Damai akal mu bak awan berlalu, aku rindu;

Aku belum pasti bila kita akan bertemu…

Rindu Ku…KORBU.

3 comments:

akimsensei said...

wah kak gc.. gunung korbu ke? cerita la sket pengalaman.. hehe.. :P

GC said...

panjang pengalaman nyer deq, kalo nak cerita 2 hari 2 malam pun blum tentu abes...nanti la bila ada masa yg sesuai kiter cerita yek ;P

sue onn said...

aduh...lentok seh ayatnyer..nie rindu gunungnyer ke..rindu kat org yg sama2 daki tu gc...aik gc...mendayu2 skrg nie...wah dah nak dapat abg gc ke kak gc?

><(((:>GC<:)))><