Geng GC

Thursday, April 30, 2009

Siapa Aku by Jebart

Selalu bila aku beli bahan bacaan baru, mesti HFI tak berminat nak tahu lebih lanjut. Ayat dia masa belek2 (terutama novel), dia akan kata "tak bosan ke baca buku yg tak ada gambar?"...
.
Semalam, lepas habis kerja aku panjangkan langkah ke kedai buku yg Popular tu lah. Dalam tenung punyer tenung..((masih mencari NAPIRU))...aku ternampak buku ini yg terletak agak terpencil ((rak bawah dan hujung sekali dekat dinding)) kesian...Tapi yang buat aku tertarik adalah tajuk nya "SIAPA AKU". Bila tarik buku ini dari rak nya, ternampak pula cover yg unik dan bila diselak helaian nya...lagilah menarik... Inilah buku yg HFI pernah sebut. Aku lanjutkan membaca ke cover belakang...
.
Hhhmmm, memang menarik, bunyinya begini...
.
"Diriku umpana apam.
Apabila dikukus pasti sedap rasanya.
Tetapi apabila digoreng nescaya hancur jadinya.
Aku melihat dunia ini bulat seperti donat,
tetapi isinya tidaklah semanis kuih donat.
Karipap penuh dengan pelbagai inti.
Ada ubi kentang, daging, perisa kari dan juga sardin.
Tetapi bukan semuanya sedap.
Ada juga rasa pahit, manis, masin dan pedas.....
SIAPA AKU? "

.
Untuk geng bloger yang rasa nak ubah angin membaca, boleh lah cari buku ini (http://www.pts.com.my/)
.
Inilah yang aku maksudkan.....
.




.
Baru baca separuh, dah asyik tergelak sendiri sampai tak sedar rupanya aku tengah tunggu teksi...segan juga bila orang kiri kanan toleh (^.^)
.
Untuk Jebart, aku pasti cari karya kamu lagi......

4 comments:

akimsensei said...

wah, best ke kak gc.. nk cari gak..

GC said...

mmg best pun Akim....
carik lah...
baca utk buat release tension ^.^

Anonymous said...

buku baru je aq pimjam kat pustakaan KL

Pondok Usang said...

Jebart kawan di tempat kerja saya... = )

><(((:>GC<:)))><