Sebagai seorang manusia, memang mudah untuk kita menyalahkan orang lain. Hanya kerana harapan dan pandangan kita tidak diendahkan. Dalam satu kumpulan memang teramat mudah perkara sebegini berlaku.
Bukan mudah menjadi seorang ketua atau wakil bagi mereka yang ramai. Siapa yang tidak berkehendakkan kejayaan....dan...kemasyuran.
Pada mereka yang berada di bawah pula pengharapan setinggi gunung telah disandarkan. Siapa yang tidak gembira jika permintaan itu dapat dilaksanakan.
Kecewa bagi kedua-dua pihak apabila kejayaan dan harapan terkubur. Tidak seorang pun mahukan kemusnahan.
Kekecewaan bukan punca untuk kita menarik diri kebelakang, sebaliknya kita harus menjadikan ia sebagai alat untuk terus kehadapan dan maju. Jangan biarkan tempiasnya berpanjangan.
Andai ada kekurangan, hulurkan lah tangan membantu. Siapalah ’Ketua’ tanpa ’Pengikut' nya. Tak wujudlah ’Pengikut’ tanpa ’Ketua’.
Tidak kiralah kita berada di pihak mana sekali pun, kita seharusnya lebih memahami antara satu dengan yang lain. Jangan biarkan emosi menguasai minda. Hanya mereka yang tabah akan kekal mengharungi ’gelora’ bersama-sama hingga ke puncak kejayaan.
4 comments:
siap dengan gelora sekali...meletup betul
akak, sori wish lmbt. hepi besday to akak gc.. better late than never kan.. hehe..
wah gc bersemangat berapi2 tu...... anyway apa yg dicoretkan 2 betul belaka
haha, kak gc.. nk katak tu ke? amik la 1. pilih yg mana nk k.. haha.. :)
Post a Comment