Geng GC

Tuesday, May 5, 2009

Patut kah Aku Rasa Bangga..??

Memang aku suka dengan kerja aku. Lebih-lebih lagi hasil kerja aku diterima pakai. Aku mengharapkan perhargaan?? Bohong kalau aku katakan tidak. Manusia tidak dapat lari dari merasa bangga bila hasil kerja nya dihargai orang.
Barangkali bentuk penghargaan sahaja yang lain mengikut individu itu sendiri. Bagi aku, cukup hanya dengan 'terima kasih'.
Cuma, sejak kebelakangan ini, aku sedikit terasa hati. Dan aku tidak pasti apa yang terjadi dan masih lagi mencari jawapan yang paling logik.


Bukan kerana hasil kerja ku tidak dihargai, cuma patut kah aku rasa bangga bila hasil kerja ku itu 'dijual'....dan aku, hanya melihat dari jauh.
Hasil kerja aku telah pun menjadi simpanan orang lain dan mereka itu ramai...ramai sekali.
Mungkin setelah aku menyerahkan hasil kerja aku pada mereka, aku sudah kehilangan hak ke atas nya....apa lagi untuk merasa bangga.

6 comments:

baila,bella said...

pe kata bila nak bagi hasil kerja tu...ksi cop dulu supa akta copyright dapt diguna pakai kepada anda....kesian...kalo saya pun mesti sedih

GC said...

thanks Bella 4 the advise..((ada gak orang yg simpati dan memahami)).
mungkin kita sedari kecil dah diasuh supaya "orang berbudi kita berbahasa"... ((orang melayu))
so, masih lagi ada rasa 'tak tergamak'. mugkin saya kena ubah pendirian siket kot...
mungkin..
apa2 pun mekasih ^.^

Rina dan Mia said...

ko keje pe babe?

GC said...

kalo ikut profession aku kerja dlm bidang HR, alahh...orang melayu kata sumber manusia.
tapi kerja yg aku maksudkan kat sini, lebih kpd kerja sampingan..
but still KERJA AKU ^.^

Lyena said...

Aku pun pernah rase apa yg GC rase. Tiap tahun ada je kelas aku yang 100% kelulusan pelajar. Tapi bila bagi prestasi, ade je yang dicari silapnya. Tak hantar itulah, tak hantar ini dan sebagainya. Tapi sesuatu yg buat aku tenang ialah aku sentiasa berkata pada diri sendiri...biarlah aku tuai hasilnya di akhirat kerana mungkin kat dunia ni bukan rezeki aku lagi. Sesungguhnya kita tahu apa yang kita mahu tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

GC said...

mm...betul tu Lyena, DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Thanks for sharing your moment.

><(((:>GC<:)))><