Geng GC

Friday, December 26, 2008

Selamat Tahun Baru 1430H

'Doa Awal Tahun'
"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. "

'Doa Akhir Tahun'
"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka."

Kasut Oh Kasut


Memandangkan cuti hari x-mas, aku mengambil peluang untuk pergi cari kasut untuk jogging….kasut yang ada sekarang ni tak berapa sesuai. Orang yang paling syok shopping kasut ni ialah HFI. Dia tu pantang nampak kasut, pelik juga aku...mengalahkan orang perempuan pulak. Tapi nak buat macam mana dah pe’el dia macam tu. Aku yang bercadang...alih-alih mesti dia yang beli lebih. Jual murah...hhhmmm, tak lah betul-betul murah pun. Kena pandai survey juga. Nama saja harga runtuh, discount dan macam-macam lagi lah istilah untuk menarik perhatian si kaki shopping. Aku...budget no.1...kalau harga luar dari bugdet, confirm aku tak beli. Budget nak cari kasut jogging yang bawah 100 ringgit. Dan aku akan pastikan ia mesti bawah 100 ringgit. Adalah kasut Reebok tu, cantik...tapi dekat 250 ringgit. Sayang nya aku rasa nak letak kat kaki dengan harga macam tu. Lagi pun nak buat jogging...bukan nak buat melaram kemana. YES!! Misi berjaya......aku dapat beli sepasang kasut dengan harga bawah 100 ringgit. Mahal-mahal pun belum tentu aku jogging bagai nak gila nanti..he3x. Ohh...cerita pasal HFI, dia dapat sepasang kasut juga...dan sandal, dia pakai terus sandal lepas bayar tuh...mmmmm, excited nya dia. Memandang kan budget 100 ringgit ada lebih lagi, aku pun samba lah sepasang kasut untuk santai. Ni lah rupa kasut-kasut yang aku cerita ni, gambar sandal HFI tak sempat nak snap...sebab HFI dah pakai.

Wednesday, December 24, 2008

aku tak tahu la kenapa dengan aku hari ni......takda mood langsung.... :(

Tuesday, December 23, 2008

"Bits of my memories at dinner"

"Bits of my memories at dinner"

Monday, December 22, 2008

FOR RAMFC ONLY - "Mini Disney"

Dear Gals, map as per request....ada 2 entrances boleh guna - E1 & E2 parking RM2.
Anything not sure, ask me ya,
HAVE FUN!!!

"Celik"

Benda Apakah Ini?
Ada sesiapa tahu atau boleh meneka benda apakah ini?
**clue: ia adalah benda yang boleh memberikan bantuan**

Friday, December 19, 2008

X-change Gift X-mas 2008

Company tempat aku kerja buat x-change gifts for x-mas. Sama macam company lama aku jugak. Tapi yang lain nyer, sebelum beli gift, kiter kena cabut nama orang yang kiter nak belikan gift tu dulu...senang sikit nak pilih hadiah yang sesuai. Bezanya dengan company lama, kita beli dulu hadiah then bila tiba hari untuk x-change baru cabut nama. Mana satu pun tak kisah la yang penting it's still fun. Tahun ni adalah tahun pertama aku di company ni, so hadiah pertama aku di beri oleh En.Rahim, orang yang paling dekat dengan Dato' . Aku suka hadiah ni. Sebab memang bercadang nak beli pun. Terima Kasih Rahim. Dia beli kan aku bekas berupa kayu yang boleh letak stationery ataupun hpone dan remote2 control yang belambak kat rumah tu. Yang lagi satu tu aku hadiah kan pada Cik Finaz, dia orang yang no.2 rapat dengan Dato' sebab no.1 mesti la Datin ;D . Ini tak termasuk dalam agenda x-change gifts, tapi aku saja nak bagi dia lagipun tu bekas botol nescafe yang Finaz nak buang masa dia buat spring-cleaning kat pantry ari tu. Tekejut dia sebab x sangka botol tu dah transform :D . Aku kata kat dia tu sumer aku guna bahan re-cycle. Jangan pikir aku nak bodek pulak....tu sumer kebetolan jer...diorang berdua baik ngan aku, lagipun aku bukan nyer report kat Dato'.
Ohh, lupa nak cerita pasal gifts yang aku belikan untuk Idzuan. Dia ni accountant baru kat company. Tak sempat la nak amik gambar gift yang aku beli sebab semalam lepas shopping aku terus suruh adek kedai tu bungkus dan lepas tu aku terus letak bawah pokok x-mas. Aku belikan Idzuan puzzle kayu yang bila disusun dapat la bentuk KLCC dan nak cukupkan budget aku beli hanging pocket ada cute blue bear untuk dia gantung kat umah. Harap2 Idzuan suka sebab aku tak tau nak beli apa dah utk dia then aku carik la benda yang aku suka..he3x ;P. Aku x pasti Idzuan ada blog ke tak, lupa nak tanyer.
Malam ni kami sumer ada Annual Dinner kat Royal Club, tempat favorate Dato' (agak nya la).
Nanti aku sambung lagi cerita pasal dinner.

Siap Jugak Akhirnya...

Ini la hasil daripada kotak2 pindah randah office hari tu.
Aku amik kotak2 yg still okay, then aku buat jadi frame gambar..ha3x.
Siap jugak akhirnya...dah lama aku teringin buat frame macam ni.
Sebenarnya ada sorang budak cina masa sekolah dulu pernah hadiah kan frame mcm ni tapi minah tu buat lagi kecik...halus betul jari-jemari dia, tak la macam jari aku.
Memandangkan jari-jemari aku yg sedang2 besar saiz nyer, so ini la hasil nya.
p/s: ada byk lagik kotak yg aku cilok...x tau nak buat aper ngan kotak2 tu...

Thursday, December 18, 2008

Thanks to "Sabiah" for sharing something good... :)


Me....Pocahantas?!?!
Thanks to "Sabiah" for sharing something good... :)

Image hosted by Photobucket.com

Free-spirited and wise. You have a strong passionate spirit that touches and changes all who know you. The wisdom and common sense that you have is really what guides you through life. Even so, you also have a very playful side that loves adventure and excitement.

Hate You Again!!!

"Hate so much when you did this to me.
But why you choose this way?
Can’t you try something else?
The most unacceptable is you just disappear...."
...........................................................................................................
Today, he did it again, am I so stupid? I shouldn’t be his friend at all. Why some people really can’t change. No matter what happen. I thought I how him. But I’m wrong...truly wrong…
DAMMMM!!!
********************************************************************************************

Wednesday, December 17, 2008

Istimewa Buat SueOnn

"Lagu ni ditujukan Istimewa Buat Saudari SueOnn"
Semoga Segala Yang Diusahakan Mencapai Kejayaan Sue.

Monday, December 15, 2008

"Berbaloikah Pengorbanan Seorang Perempuan Hanya Kerana Kejujuran Si Lelaki"
...aduh hai, pening la nak buat penilaian atau kata putus.
Kenapa la kena buat keputusan.
Aduhh...pening-pening.
Tolongggg..tolongggggg......(mintak tolong bagi nasihat nieh)
Apa pendapat korang yek?
hhhmmmmm......

Friday, December 12, 2008

Rumah Ke-2 - Office Baru

Its been awhile missing from my blog....miss my friends too..
well now i'm in my new office - my 2nd home.
got few more this still not running smoothly, but catch-up well by our IT Guys - En Razak.
Hmmm....guess what? i'm moving in without my colleague - En Syed.
Thank God En Razak the HERO of the day of-course with our MAN of the day - En Rahim.
Me.....he3x, the SUPERWOMEN laa :)

Wednesday, December 3, 2008

Yes, I'm moving to the new office soon...
Hope for a BETTER and the BEST future for all of us.
><(((:>GC<:)))><