Semalam sewaktu aku di klinik sedang menunggu giliran berjumpa doctor, aku bersembang dengan seorang perempuan yang tidak pernah aku kenali latar belakang nya apatah lagi sifat keperibadian nya. Sembang2 kosong itu telah meninggalkan kesan yang mendalam sehingga ke pagi ini.
Kata nya, “kenapa bila kita naik motor, kita pakai topi keledar dan bila naik kereta pakai tali pinggang keledar?”
Dia menyambung, ”kita perlu kan perlindungan dan berharap dapat dijauhkan dari mala petaka”
Kata nya lagi, ”kenapa bila kita tidak berbuat apa2...contoh nya sedang duduk berehat kita tidak perlu topi keledar atau tali pinggang keledar? Adakah kerana kita pasti yang kita akan terselamat?”
”Seharusnya dikala itu juga kita perlukan perlindungan” sambungnya lagi.
”Dengan banyak kan berzikir, doa dan selalu mengingati yang Maha Pencipta...mohon rahmat dan perlindungan dari Nya...”
Selepas kami berpisah, aku merenung kembali kata-kata perempuan itu sedalam-dalam nya. Adakah apa-apa makna daripada pertemuan kami malam itu?
Mengapa aku dipertemukan dengan perempuan itu?
Apa yang tersirat dari perbualan singkat kami?
TAPI...dia berlainan pegangan agama dari ku?
Sebelum kami berpisah, dia memberikan aku satu soalan yang dia inginkan jawap seandai nya kami dipertemukan semula... ”Siapa anda?” dan aku masih memikirkan jawapan nya...

No comments:
Post a Comment