.:::.
Cahaya Mata, siapa lah yang tidak sejuk hati bila melihat telatah si kecil, buah hati pengarang jantung, intan payung dan macam-macam lah lagi gelaran untuk si dia yang bertahta di hati dan terutama cahaya mata sulung.
.:::.
Sewaktu aku merakam kan gelagat si kecil ini, memang payah untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Namum bila aku imbas semula gelagat si kecil ini di laptop, aku tahu yang aku silap. Tiada yang lebih sempurna daripada melihat saat dia tersenyum, merenung dan tika dia menyatakan perasaan tidak puas hati dalam cara nya yang tersendiri ; menangis.
.:::.
Si kecil masih belum tahu erti dunawi yang sering bergelora. Sudah menjadi kewajipan ibu dan ayah untuk mendidik dan membentuk peribadi si kecil ini.
.:::.
Masih terlalu jauh untuk ditafsir oleh akal akan apa yang bakal si kecil ini alami.
.:::.
Kenangan (gambar) ini atas permintaan nenek nya. Ya, nenek yang masih baru merasai nikmat bersama cucu - sulung. Melihat telatah nenek yang gembira, aku pasti nurani nenek dikala itu amat bersyukur dengan anugerah Illahi yang tidak ternilai ini.
.:::.
Aku gembira kerana turut bersama melalui detik-detik indah ini.
.:::.
"Danisha - Buah Hati Nenek."
.::.
.:::.
2 comments:
Salam. Babe ni anak ko ke?
ini anak sepupu aku ler... ^.^
Post a Comment