Geng GC

Thursday, May 28, 2009

FCB Victory

Well...well..well...

The whole world knew...

Action BETTER than talking...

Shorten my word...

Lengthen our VICTORY !!!

Tuesday, May 26, 2009

HeartHurt


It Has Been Awhile.... Coz It's Hurt

Thursday, May 21, 2009

Tangan Kiri

Tangan Kiri Dan Dengan Tangan Kiri

Wednesday, May 20, 2009

Aku & Recreation Club

Aku dengan Recreation Club mungkin tak dapat nak dipisahkan agak nya...

Dengan Co. lama, aku terlibat sejak dari mula jejakkan kaki lagi....sehingga la aku berhenti...pejam celik rupanya 7 tahun aku jadi 'orang suruhan'...(yg positif okay-bukan la setaraf kuli tuu...) aku ikhlas dan malah rasa gembira bila merasakan hasil penat lelah menjayakan sesuatu acara itu akhirnya dapat dinikmati oleh orang lain (Co.'s Staff laaa).

Ingatkan nak bersara terus.....tapi......

Dengan Co. yang aku baru setahun jagung ni, aku dah cuba buat se-low profile yang mungkin, namun apa kan daya...((lagipun dah tertulis dlm CV)).

Untuk Q1 ((aku belum terlibat lagi masa ni)) kami ada Explore Drive - start from Petaling Jaya - Cyberjaya - Putrajaya ; end-up dengan makan tengahari di rumah Dato' serta dengan Victory Ceremony..((tak sangka group aku jadi JOHAN))


Tiba-tiba rasa sedih pula bila terkenang "hari itu"...sebab ada beberapa orang dah tidak bersama lagi di Co. ni.
Sekarang ni aku kena fikirkan xtvt yang sesuai untuk Q2 & Q3...


Tuesday, May 19, 2009

Boss Lelaki...hhhmmmm


Aku belum pernah 'report direct' dengan Boss Lelaki sepanjang kerjaya aku. Bulan depan aku akan berdepan dengan situasi itu. Seram pun ada. Entah, tak tahu kenapa. Mungkin belum ada pengalaman lagi kott....

Bercerita tentang Lelaki, bukan nya aku tidak senang dengan kehadiran mereka, malah hidup aku selama ini sering bersama Lelaki. Dalam keluarga pun lebih ramai Lelaki, sepupu pun lebih ramai Lelaki...masa sekolah kawan yang paling ngam Lelaki juga dan masa hiking dah tentu2 melepak lebih dengan Lelaki.

Tapi, kenapa aku rasa seram sejuk aje bila dapat tahu, bulan depan Boss aku ialah Lelaki.

Mungkin Lelaki juga lah yang boleh mententeramkan jiwa aku yang entah kenapa ni....((pelik))

Walau apa pun, aku akan kuatkan semangat untuk mengharungi hari-hari mendatang..((cewahhhh....over nyer aku!!))

Kawan kata 'take-it-easy'...well is that so.....

Apa kena dengan aku ni...?!?!?!?!?!!!

((ni, saper pulak niehhh....?????))

Monday, May 18, 2009

Babi Selsema???


Hmmm.....tak tahu lah nak kata apa....

Thursday, May 14, 2009

Sabar...sabar..dan sabar...

Bila lah batuk dan selsema aku nak hilang ni..????? dah masuk seminggu.... tonsil pulak makin menjadi-jadi membesar bagai johan..aduhhhh.....
(_ . _)
Dah 4 jenis ubat batuk doktor suruh aku try..tapi belum berhasil....
harapkan mengantuk nye je...bila abis dos, tengah dok syok2 tido....batuk...dan batuk lagi..dan lagi....Tekak dah tak sanggup dah asyik dok makan bubur dgn bihun sup....
Sabar...sabar..dan sabar... ini baru dugaan yang kecil...alhamdulillah....

Friday, May 8, 2009

Suka-Suka

.:::.
" Tiada Sebaik-baik Janji Selain Janji Matahari Terbit Pagi "
.:::.
Lembu punya susu, Nestle dapat nama.
Maknanya: Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita
pun, last last, boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak, kat dalam
management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.
.:::.
Melepaskan batuk didalam lift.
Maknanya: Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai!
Jangan lah tempat awam yang ter-enclosed. Besar nya hamlau!
.:::.
Seperti jantan dgn betina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak 'tuttttttt...' aje.
.:::.
Sepandai-pandai nyamuk terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.
.:::.
Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu lah selalunya tak bagus.
.:::.
Biar putih tulang jangan kuning gigi .
Maknanya: Macam mana nya hensem ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak jaga,
kuning-berkarat, jangan lah eksen kental nak tackle pompan. Geli-geman di buat nya.
.:::.
Kalau tidak ader angin masakan satu lift boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...
.:::.
Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.
.:::.
Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi...... kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke....
.:::.
Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......bro!!!!
.:::.
hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya: maknernyer . . maknernya.................
Jgn nak tersengeh2 cam kupang busuk kat depan PC. Pi ah buat keje ke...ape yg patut ke...
.:::.

Thursday, May 7, 2009

Teringin

Dah lama tak cerita pasal Katak. Bukan makna nya aku dah hilang minat pada Katak, cuma mood 'kureng'.....
Tapi dapat jugak lah aku draw katak ni dengan bantuan inspirasi orang.
Aku teringin nak letak drawing2 aku ni atas t-shirt...tapi macam payah ajer...
Niat nak beli Iron-Paper ((alah mcm Martha Stewart tuu)), tapi kat M'sia ni payah nak dapat.
Kalau nak beli on-line rasa takut pula...USD tu!!
Ada ke sesiapa yang ada info pasal Iron-Paper???

Tuesday, May 5, 2009

Patut kah Aku Rasa Bangga..??

Memang aku suka dengan kerja aku. Lebih-lebih lagi hasil kerja aku diterima pakai. Aku mengharapkan perhargaan?? Bohong kalau aku katakan tidak. Manusia tidak dapat lari dari merasa bangga bila hasil kerja nya dihargai orang.
Barangkali bentuk penghargaan sahaja yang lain mengikut individu itu sendiri. Bagi aku, cukup hanya dengan 'terima kasih'.
Cuma, sejak kebelakangan ini, aku sedikit terasa hati. Dan aku tidak pasti apa yang terjadi dan masih lagi mencari jawapan yang paling logik.


Bukan kerana hasil kerja ku tidak dihargai, cuma patut kah aku rasa bangga bila hasil kerja ku itu 'dijual'....dan aku, hanya melihat dari jauh.
Hasil kerja aku telah pun menjadi simpanan orang lain dan mereka itu ramai...ramai sekali.
Mungkin setelah aku menyerahkan hasil kerja aku pada mereka, aku sudah kehilangan hak ke atas nya....apa lagi untuk merasa bangga.

Monday, May 4, 2009

Move or Stay?

Hope for a brighter day ahead. Today, everything seems to be a New Day. LYW will be a new character in my 9-5 life. HS will be a new COO with immediate effect. A new GM will board in Jun09.

So many things had happened in past few weeks, i.e last month. SMR will face the new chapter of life.


Me....hoping a new chapter will be better.

Should I make a move or shall I stay?
><(((:>GC<:)))><