Geng GC

Thursday, December 31, 2009

Salam Kasih Sayang


Tahun Baru 2010...
Imbau kembali 2009...
Perjalanan yang panjang, dan masih panjang..insyaAllah.
Hari berganti, tahun berlalu...
Kehidupan meninggalkan kita atau kita terlepas peluang menikmati kehidupan?
Apa yang pasti, satu lagi lembaran baru akan kita tempuhi...
Cerita silam jadikan ingatan sepanjang zaman...
Kita cipta cerita baru yang lebih bermakna untuk menjadi ingatan di hari tua...
Untuk semua yang mengenali dan yang baru dikenali, selamat menempuh ujian baru...
Moga perhubungan ini berkekalan selamanya...
.:::.
Salam Kasih Sayang,
><(((;>GC<;)))><

Wednesday, December 23, 2009

Happy Celebrating Christmas

Be Good..Be Safe.. Be Happy Celebrating Christmas to all friends out there...!!!

Monday, December 21, 2009

Will to Change


Do i have a Will to Change..?

Tuesday, December 15, 2009

..kiriman terakhir..


Hidup kecil mu penuh sengsara,
Tiada kasih ibu dan ayah,
Menaruh harapan belas ikhsan si penjaga,
Untuk sesuap nasi dan tempat berteduh...
Hidup dewasa mu penuh liku,
Tiada bekalan ilmu jadi panduan,
Mengharap dunia akan adil pada mu,
Namun lautan dusta kau renang,
sangka mu syurga...
Di akhir hidup mu berteman sepi,
Hajat hanya melakar garisan,
Tidak bertepi dan berdasar,
Tangis akhir mu penuh hiba...
Semoga kau aman disana...
Semoga Allah masih belas dan kasih pada jiwa mu...
Kiriman terakhir dari ku buat 'Hamzah Basir'...
.. ku hadiah kan.. Al'fatihah...

Wednesday, December 9, 2009

Should I Be Myself..?

Its' Just One Nite...
Need I Be Part Of The Theme..?
Or..
Should I Be Myself..?

Wednesday, December 2, 2009

Tak Faham

..Tak Faham..
.:::.
..bila perumpamaan menyebut "ukur baju di badan sendiri"...
..habis tu, kenapa ada "free size"?...
.:::.
..bila perumpamaan menyebut "cermin diri sendiri"...
..habis tu, kenapa biar diri disolek oleh orang lain?...
.:::.
..bila perumpamaan menyebut "terlajak perahu boleh ditarik tapi
terlajak kata buruk padahnya"...
..habis tu, kenapa di dewan pengadilan boleh?....
.:::.
..bila perumpamaan menyebut "tak kenal maka tak cinta"...
..habis tu, kenapa dah bercinta baru nak kenal?...
.:::.
..Tak Faham...

Thursday, November 26, 2009

Wednesday, November 25, 2009

T607 vs Mercedes

T607 nak racing dengan Mercedes....
Tengah syok berracing, ada pula yang tahan bas...
Apa lagi, brek emergency laaa....

Memang gila, tapi tu lah yang terjadi.
Tak dinafikan, 'dia' pemandu yang mesra dan ramah pada semua penumpang.
Tapi, asyik syok sendiri time memandu, sampai kita rasa tak selamat, macam mana pulak tu?
Yang pelik, ramai penumpang menunjukkan reaksi marah...menyampah..
Tak kan tak ada seorang pun yang buat complain ?
Ke....memang 'dia' dah terima banyak complain tapi tak ada tindakan yang diambil.

Tuesday, November 24, 2009

..favor & tak suka..


Macam mana nak suka pada apa yang kita tak suka?
.:::.
How to favor something which is not your favor?

Wednesday, November 18, 2009

T607@9PM

Sejak akhir-akhir ni, aku jadi pengguna setia perkhidmatan pengangkutan awam semula. Memang lebih menjimatkan dari segi kos (RM), cuma bila dikira dari segi masa....hhhmmm, banyak terbuang sebab menunggu. Walau apa pun, jadual perjalanan 99% tepat.
Dari rumah, aku naik bas pengantara untuk ke stesen LRT, cuma RM1 untuk sehala (jimat kan!). Tiba di LRT macam biasa lah, waktu pagi = waktu puncak, tapi tak jadi masaalah, sebab pengguna sekarang sudah banyak belajar tentang disiplin 'beratur'.

Cerita yang aku ingin kongsi adalah mengenai BAS.

Malam semalam waktu pulang dari kerja, aku tiba di hentian menunggu bas tepat pada masa jadual bas itu berlepas. Semua penumpang disambut mesra oleh pemandu bas. Dia sungguh mesra dan peramah. Ini kali pertama bagi aku menjadi penumpang bas yang dipandu nya. Keadaan bas agak sesak, ramai juga yang terpaksa berdiri. Termasuk aku.

Tak sampai 50 meter dapat rasa gaya pemanduan nya EXTREME.


Aku ringkas kan, bas nyaris2 nak lenyek budak dengan motor sebab budak tu pun layan conner lebih sangat, jalan basah, hujan...jadi tergolek lah dia betul2 depan bas.

Nasib baik dengan kehebatan En Pemandu bas, dia sempat brek... kepada penumpang2 yang tak sempat brek...sendiri mau ingat lah...termasuk juga aku..mengelupoh dibuat nya.

Jem sekejap lah jalan tu.. Aku yang ada di dalam bahagian depan bas dapat lihat jelas muka budak tu... mana tidak nya, muka dia tepat kena suluh dengan lampu depan bas. Rasanya cuma luka2 ringan, sebab dia boleh kutip motor dan pecut semula..mmmm, budak tu pun hebat jugak!

En Pemandu bas boleh lagi buat lawak lepas kejadian tu... dengan gelak2 dia kata "okay, semua dah selamat....balik mandi, makan...lepas tu tido..hee...heee".

Ehhh....ewah-ewahhh...aku belum selamat lagi laaa...

Oleh kerana kejadian tadi, aku tengok semua penumpang dah 'bersiap sedia' untuk brek kecemasan dengan masing2 muka cuak.

Habis semua conner dia layan tak ingat.... Speed jangan kata lah, dah macam Driver F1.

Sebelum aku turun bas, ada seorang gadis sempat menyapa aku...."dia memang bawa bas laju...kalau saya nampak dia yang bawa, memang saya dah standby...hari tu, ada yang terjatuh tergolek...."

"Ohhh..yer ke"

Tiba aku di rumah dengan selamat...alhamdullilah.
Tapi sampai hari ni, bahu kanan sampai separuh lengan rasa sakit...agak nya aku banyak guna 'brek tangan' kot..mmmmmm....

Kepada semua penumpang setia bas T607 waktu berlepas jam 9 malam.... andai kita semua ditakdirkan sekali lagi naik bas En Pemandu yang sama macam semalam, 'get ready guys and standby, okay!'

Friday, November 13, 2009

What it is to be Alone?


.:::.
Yuuyami semaru kumo no ue
Itsumo ichiwa de tonde iru
Taka wa kitto kanashi karou
Oto mo todaeta kaze no naka
Sora wo tsukanda sono tsubasa
Yasumeru koto wa deki nakute

Kokoro wo nani ni tatoe you
Taka no you na kono kokoro
Kokoro wo nani ni tatoe you
Sora wo mau yo na kanashi sa wo

Ame no sobo furui wakage ni
Itsumo chiisaku saite iru
Hana wa kitto setsuna karou
Iro mo kasunda ame no naka
Usu momo-iro no hanabira wo
Medete kureru te mo nakute

Kokoro wo nani ni tatoe you
Hana no you na kono kokoro
Kokoro wo nani ni tatoe you
Ame ni utareru setsuna sa wo

Hitokage taeta no no michi wo
Watashi totomo ni ayunderu
Anata mo kitto samishi karou
Mushi no sasayaku kusahara wo
Tomo ni michiyuku hito dakedo
Taete mono iu koto mo naku

Kokoro wo nani ni tatoe you
Hitori michiyuku kono kokoro
Kokoro wo nani ni tatoe you
Hitoribocchi no samishi sa wo
.:::.


.:::.

Far, Far Above the Clouds Soaring with the Wind,
A Falcon Flies Alone,
Silent as the Sky,
I Hear His Lonely Cry,
Never Can He Rest,
I Walk with You Along a Empty Winding Road,
We're Far from the Ones we Love,
And Never Can Return,
Never Can we See Again,
The Countries of Our Birth,
When Will I Ever Find a Place to Call My Home?
Sadness Circling Like a Falcon in the Sky,
When Will I Ever Find a Way to Speak My Heart,
To Someone Who Knows,
What it is to be Alone?
Far, Far Above the Clouds Against the Setting Sun,
A Falcon Flies Alone Silent as the Sky,
I Hear His Lonely Cry,
Never Can He Rest,
I Long to Spread My Wings and Fly
Into the Light,Open
This Lonely Heart to One Who Understands,
When Will I Ever Find,
A Way to Speak My Heart?
When Will I Ever Find a Place to Call My Home?
Sadness and Loneliness,
A Falcon in the Sky,
When Will I Ever Find a Way to Speak My Heart,
To Someone Who Knows,
What it is to be Alone?
.:::.

Thursday, November 12, 2009

Make Me Happy...Pleaseee

Life is beautiful, its true..
Life is wonderful, its true..
Life is priceless, its true..
Life is short, its true..
Life is painful, its true..
Make ME Happy, pleasee..

Monday, November 9, 2009

Kerak Nasi..betul ke?


Orang kata, hati perempuan tu macam kerak nasi.
Betul ke?
Keras macam mana pun, direndam air lembut jua.
Betul ke?

...kosong dan buntu...

...kosong dan buntu...


Friday, November 6, 2009

DIA MEMANG DAH MELAMPAU!!!

Rasa sabar dah tak dapat nak dikawal.
DIA MEMANG DAH MELAMPAU..!!!
Aku harus buat sesuatu sebelum terlambat...sebab
DIA MEMANG DAH MELAMPAU..!!!

Tuesday, November 3, 2009

Welcome N

That's how I describe N.
Our new senior but the youngest in the team.
Not much to tell, she just 2 days old.
Looks nice in person.
And the best thing is, we can share our 'take-5' moment together ^.^

Friday, October 30, 2009

5 Hari lagi...

5 hari lagi rupanya...
Ulang tahun kelahiran AbgRAM.
So kena tunggu lah....

Spanner Ke Senduk ?


Pegang Spanner ke Senduk?

Lelaki tak boleh pegang Senduk ke?

Perempuan tak pandai pegang Spanner ke?


.:::.

Thursday, October 29, 2009

Hmmm...Ada Org Baru...



Bulan depan, hari Isnin, ada orang baru nak datang...maksud nya report to work lah dan jadi kawan baru aku.
Bukan ganti tempat Boss, tapi dia akan jadi Senior aku.
Belum pernah tengok muka dan tak tahu macam mana orang nya tapi perempuan.
So, bertiga lah nanti.
Wait & See..!!

Wednesday, October 28, 2009

Apa yang tak kena ni???

Hari ni pun sama macam semalam.
Tak ada semangat...
Badan je yang ada di pejabat.
Otak dan hati dah melayang entah ke mana.
Apa yang tak kena ni???

Tuesday, October 27, 2009

Andai Ku Tahu

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

*Instrumental*

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Monday, October 26, 2009

aku DOWN...


Aduhhh....kenapa lah dengan aku ni...
Ada masaalah dengan HFI? Masih under control...
Budget bulan ni lari? Cukup2 makan, alhamdulillah...
Tension pasal kerja? Tak pun...
Family issue? Biasa2 aje...
Jadi, apa yang buat aku down semacam je hari ni?
Aduhhh...kenapa lah dengan aku ni...????

Monday, October 19, 2009

Hari Dengan MATA HATI


Terlalu Banyak
Yang Ingin DiLafazkan
.:::.
Namun Aku
Memilih Untuk Diam
.:::.
Biar Aku
Nikmati Hari Ini
Dengan
MATA HATI
.:::.

Wednesday, October 14, 2009

AHT

It's was great to get in-touch with old friend.
Knowing now you doing just fine and happy with your life.
Dear AHT, thanks to Allah, we have chat again,
and hope it still AHT, like our good-old-days.

Tuesday, October 13, 2009

Cerita.:::.131009


HAAAHHHHH...!!!!!

AJ ada SCANDAL?!?!?!??????

Kesian F...

Friday, October 9, 2009

Cerita.:::.091009 "DiManaBumiDiPijak-DiSituLanggitDiJunjung"

Hari ini, H nak buat perubahan dalam diri nya tanpa paksaan daripada sesiapa pun.
Mungkin H dah sedar..."di mana bumi dipijak, di situ langgit dijunjung"
Doa kusemoga H berjaya.
Aku sentiasa akan menyokong semua usaha H.
Perbualan aku tempoh hari dengan F masih lagi menjadi rahsia kami.
GOOD LUCK H..!!!

Wednesday, October 7, 2009

27-K

Haaahhhhhh....!!!!...aku dah mohon 27 kerja dalam masa sebulan....???
(Giler....tak giler lahhh..)


Mmmmmm....tapi satu pun belum berjawab lagi....

Thursday, October 1, 2009

.:::.Mana Silap Nya.:::.


.:::.Masa kecil2 dulu, selalu main cari bentuk awan dan teka...memang cerdik sungguh berimaginasi...mereka bentuk ikut kehendak sendiri.:::.
.:::.Bermacam-macam bentuk yang terhasil.:::.
.:::.Hilang segala runsing dikepala, asyik dan leka.:::.
Bila dewasa berimaginasi itu dianggap tidak realistik...membazir masa....:::.
.:::.Mana silap nya?.:::.

Wednesday, September 30, 2009

Cerita.:::.300909

.:::.kan bagus kalau aku boleh hasilkan buku cerita untuk kanak-kanak...yang sememang nya dari dulu aku pernah angankan.:::.menulis kisah dongeng....berimaginasi tiada batasan.:::.Moga ia akan jadi kenyataan suatu hari nanti.:::.

Tunggu Aku Batu Pahat


.:::.ramai orang masih seronok layan mood RAYA lagi, bagus lah tu. Happy2 selalu. Maklum lah RAYA setahun sekali. Dapat berjumpa kaum keluarga yang dekat dan jauh. Malam RAYA handphone pasti berdering dengan bunyi pesanan ringkas, ucapan selamat dari kawan2. Itu lah keistimewaan RAYA zaman sekarang.:::.
.:::.semalam aku terima panggil dari seorang sahabat lama, yang suatu masa dulu kami sering menghabiskan malam minggu di kolam pancing bersama. Wahh...rasa rindu tiba2 terbit bila terkenang kembali...dengan ditemani sebuah radio kecil, kami tak sedar hari sudah menjelang subuh. Gelagat dikolam waktu aku pertama kali memegang joran dan pancing memang sungguh lucu, maklum lah orang baru masa tu...malu juga bila orang 'sebelah' tumpang gelak sama.:::.
.:::.tapi sekarang sahabat ku dah pun berhijrah ke selatan tanah air dan berkeluarga...sekarang ni menanti kelahiran anak nya yang ke-3....(hebat!). Suri nya seorang guru, mengajar di Batu Pahat. Sedar tak sedar, hampir sejam kami berbual di handphone....bicara pun sampi ke penghujung.:::.
.:::.aku merancang hendak melawat sahabat ku yg sibuk dengan business 'kucing' nya bila ada kelapangan.:::.
.:::.Tunggu Aku Batu Pahat.:::.

Sunday, September 20, 2009

Merenung Ke Langit


Tak Siapa Yang Tahu
Namun Dengan Merenung Mu
Dapat Rasa Ketenangan
Hebat Ciptaan Mu Ya Allah
Dan Aku Hanya Mampu
Merenung Ke Langit.

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri Buat Semua Teman Yang Mengenali Diri Ini
Ku Pohon Ampun & Maaf Atas Segala Keterlanjuran
.:::.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Tuesday, September 15, 2009

Mana Ada Yang Sempurna


Susah nak jelas kan "mana ada yang sempurna"....Pening juga nak bagi orang 'terima' dan 'faham'.

Thursday, September 10, 2009

RR

Wahhh....lama nya aku tak update blog ni (lamer ke pun..?).

Sibuk dengan urusan dunia.

Ramadhan yang mencabar kali ini.

Sungguh aktif clients masa bulan puasa. Alhamdullillah....harap2 ada business baru.

Well kerja mesti diteruskan, walau apa pun terjadi.

(Apa yang dah jadi???)

Hmmm... semalam RR last day, walaupun baru 'sebulan jagung' dia tetap bos aku.

Tak sangka, banyak juga benda yang aku belajar. Hanya terima kasih saja yang dapat aku ucap sebagai balasan...

Sekarang ni kena tunggu bos baru.

Bos baru lagiiiiii........!? aduhhhh....
[napa asyik2 kucin nieh..?..katak dh merajuk ke..?]

Wednesday, August 26, 2009

Teru No Uta

First time ME listen to this song (soundtrack of a cartoon movie) at blog of my'friend'....don't really know what is the meaning of the song... but the moment it play to my ear....ME LOVE IT....

Friday, August 21, 2009

Cerita.:::.210809

Dah banyak kali aku terfikir nak cerita yang sebenarnya pada AJ. Tapi tak kesampaian. Aku nak bagi tau pada AJ tentang H, adik ipar nya. Patut ke aku cerita pada AJ? Atau cerita pada F, kakak kandung H. Tapi macam mana nak cerita? Nak pergi kerumah mereka ke? Macam mana kalau H dapat tahu nanti? Adakah H akan benci pada aku nanti?

Sebenarnya aku dah tak sanggup nak simpan cerita ni. Dah masuk 5 bulah aku simpan rahsia H.

Aku takut H salah anggap nanti. Niat aku baik. Aku tak mahu tengok H terus hanyut dalam dunia dia yang tidak mendatangkan faedah untuk dirinya sendiri. Dan aku mula terasa tempias sebab terlibat sama...macam menggalakkan dia pulak.

Patut ke aku telefon AJ yang hanya abang ipar nya? Atau aku terus cerita pada F kakak H sendiri?

Alamak, aku tak ada nombor telefon diorang pulak..... Kalau aku curi2 ambil nombor tu dari hp H macam mana? Apa yang pasti, aku mahu semua ini segera berakhir...sebab aku sayang dia.Macam mana ni???????? Hmmmmm..........

Thursday, August 20, 2009

Salam - Ku Rindu



Kali Ini Kita Bersua Lagi
Atas Kehendak NYA
Syukur Kerana Diberi Kesempatan Sekali Lagi
Terubat Jua Rindu Sebelum Menutup Mata
Keindahan Mu
Haruman Mu
Girang Dan Ceria Mu
Dia Ramadhan Yang Ku Rindu

Monday, August 17, 2009

Keputusan (Beratnya rasa hati...)


Hidup ini memang susah nak kita duga. Kita tidak akan pernah tahu apa yang bakal datang esok hari. Membuat sesuatu keputusan dalam hidup bukan lah satu tindakan yang mudah. Lebih-lebih lagi keputusan itu melibatkan maruah atau lebih senang aku katakan EGO. Dalam kehidupan yang singkat ini, hubungan kasih dan sayang telah menjadi satu tali pengikat antara dua insan, didalam sebuah KELUARGA ataupun diantara seorang lelaki dan gadis. Aku bukan ingin berkisah dan bermadah, cuma aku buntu memikirkan nya...


Aku ini benar atau salah?


Aku ini jahat atau baik?


Aku ini racun atau penawar?


Beratnya rasa hati...

Friday, August 14, 2009

Bersemadilah KAU Dengan Aman (Kak Mai)



Hari seakan memahami jiwa ku, mendung.
Hujan yang turun bagai menangisi pemergian MU.
Wajah MU terpancar segar diminda ku saat ini.
Tutur kata MU yang sentiasa menjadi nasihat masih jelas dapat ku dengar.
Semua itu akan menjadi tongkat buat aku meniti hidup ini.
Mengapa KAU rahsiakan penderitaan MU?
Aku rasa amat kehilangan.
Bersemadi lah KAU dengan aman.
Dan aku akan sentiasa merindui MU.
Al'Fatihah.... (Puan Maimunah Rashid @ Kak Mai -xMCIS)

Thursday, August 13, 2009

SURRENDER


Ya Allah yang maha mengetahui...
Ada kala nya aku rasa tidak berdaya mengharungi dugaan MU ini.
Namun aku tahu bahawa KAU amat mengasihani ku dan maka itu KAU turun kan ujian demi ujian.
Ya Allah, aku mohon pada MU, perkuatkan lah iman dan teguh kan lah hati hamba mu ini.
Amin Ya Rabbal A'lamin.

Tuesday, August 11, 2009

End-up Crazy!!!


AAARRRRGGGHHHHHHH...!!!!!!
TENSION...!!!!!!!
But still can't show it off.... So must be a good actor.
Then ME ; End-up CRAZZZZZYYYYY...!!!!!

Monday, August 3, 2009

GotMy1stFreelanceJob


Happy nyer..!!!!
Hope everything will be just fine....

Friday, July 31, 2009

Rasa Nak Terbang


Rasa Macam Nak Terbang Ajer...

Jommmm....

Kita Terbang Sama :)

Thursday, July 30, 2009

She's Gone - Al-Fathihah


She's Gone - Steel Heart

She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.

(Chorus)

Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
Lady, oh, lady.

She's gone,
Out of my life.
Oh, she's gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.

Come back into my arms.
I'm so alone,
I'm begging you,
I'm down on my knees.
Forgive me, girl.

(Chorus x2)

Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
.:::.
.:::.
Me, not sure this song really suitable, but it a nice song for A NICE PERSON...

Happy Birthday Sara


Cute kan anak patung ni, it's a Korean Made.

Dia adalah hadiah hari jadi untuk kawan sepejabat.

Petang ni ada cake cutting ceremony.

Rasa tak sampai hati nak bungkus dia.
.
Tapi dah bungkus dah...
Harap dia suka hadiah ni
.:::.

Friday, July 24, 2009

"Semua UntukMu" (..layan jer....)



Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarklah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu
Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci
.:::.( korus ).:::.
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi
Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu
.:::.( korus ).:::.
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

Monday, July 20, 2009

Ali

Someone really want to share Ali with all of you... Please meet Ali ^0^

Friday, July 17, 2009

...kan bagus kalau...

...kan bagus kalau... hidup tak ada halangan...
...kan bagus kalau... hidup tak ada rintangan...
...kan bagus...
><(((:>GC<:)))><