Cerita yang aku ingin kongsi adalah mengenai BAS.
Malam semalam waktu pulang dari kerja, aku tiba di hentian menunggu bas tepat pada masa jadual bas itu berlepas. Semua penumpang disambut mesra oleh pemandu bas. Dia sungguh mesra dan peramah. Ini kali pertama bagi aku menjadi penumpang bas yang dipandu nya. Keadaan bas agak sesak, ramai juga yang terpaksa berdiri. Termasuk aku.
Tak sampai 50 meter dapat rasa gaya pemanduan nya EXTREME.
Aku ringkas kan, bas nyaris2 nak lenyek budak dengan motor sebab budak tu pun layan conner lebih sangat, jalan basah, hujan...jadi tergolek lah dia betul2 depan bas.
Nasib baik dengan kehebatan En Pemandu bas, dia sempat brek... kepada penumpang2 yang tak sempat brek...sendiri mau ingat lah...termasuk juga aku..mengelupoh dibuat nya.
Jem sekejap lah jalan tu.. Aku yang ada di dalam bahagian depan bas dapat lihat jelas muka budak tu... mana tidak nya, muka dia tepat kena suluh dengan lampu depan bas. Rasanya cuma luka2 ringan, sebab dia boleh kutip motor dan pecut semula..mmmm, budak tu pun hebat jugak!
En Pemandu bas boleh lagi buat lawak lepas kejadian tu... dengan gelak2 dia kata "okay, semua dah selamat....balik mandi, makan...lepas tu tido..hee...heee".
Ehhh....ewah-ewahhh...aku belum selamat lagi laaa...
Oleh kerana kejadian tadi, aku tengok semua penumpang dah 'bersiap sedia' untuk brek kecemasan dengan masing2 muka cuak.
Habis semua conner dia layan tak ingat.... Speed jangan kata lah, dah macam Driver F1.
Sebelum aku turun bas, ada seorang gadis sempat menyapa aku...."dia memang bawa bas laju...kalau saya nampak dia yang bawa, memang saya dah standby...hari tu, ada yang terjatuh tergolek...."
"Ohhh..yer ke"
Tiba aku di rumah dengan selamat...alhamdullilah.
Tapi sampai hari ni, bahu kanan sampai separuh lengan rasa sakit...agak nya aku banyak guna 'brek tangan' kot..mmmmmm....
Kepada semua penumpang setia bas T607 waktu berlepas jam 9 malam.... andai kita semua ditakdirkan sekali lagi naik bas En Pemandu yang sama macam semalam, 'get ready guys and standby, okay!'
2 comments:
wah, kak gc.. nak try gak lah..
kak GC...
muahhaahh...
jom get ready sama...kuikuikui
Post a Comment