...masa kecil-kecil dulu mesti kita pernah terbaca atau diceritakan kisah Putera Katak. Ada bermacam-macam versi namun kesudahan cerita tetap sama. Si Katak yang hodoh telah bertukar menjadi seorang Putera selepas menemui cinta sejati.
...hmmm....'Cinta Sejati'......
...kalau betul wujud cinta macam kisah cinta Si Putera Katak, alangkah bagus nya. Walaupun diri serba kekurangan tetap ada yang sudi menerima...
Tapi lain pula kisah Putera Katak yang aku ingin kongsi. Kisah nya bermula begini...
Di dalam sebuah negeri tinggal seorang gadis yang hidup miskin di pinggir hutan. Walaupun hidup nya keseorangan namun dia tetap gembira dan bahagia. Setiap hari dia akan ke dalam hutan untuk mengutip hasil yang boleh dijadikan makanan dan apa jua yang boleh menjadi tukaran di pasar. Begitulah kehidupan gadis itu sehingga suatu hari dalam perjalanan pulang dari pasar dia terjumpa dengan seekor katak yang dalam keadaan cedera dan terdampar kesakitan di atas batu. Atas dasar simpati dia telah membawa katak itu pulang ke rumah dan dirawat hingga pulih.
Setelah katak pulih sepenuhnya si gadis telah mendapati si katak boleh berkata-kata dan pandai berjenaka. Semenjak daripada hari itu, mereka sering bersama dan gembira.
Pada suatu hari si katak telah menceritakan kisah silam nya yang telah disumpah oleh ibu tiri dengan sihir. Setelah mendengar cerita itu, si gadis telah berjanji akan menjaga si katak dan berjanji mereka tidak akan berpisah walau apa pun yang terjadi.
Makan diberi, tidur dibelai dan mandi disiram. Begitulah si gadis menjaga si katak. Dalam diam, si gadis juga mengharapkan dirinya akan mendapat belaian yang sama.
Suatu malam, si gadis telah mencium si katak dan alangkah terperanjatnya si gadis bila si katak telah bertukar menjadi seorang jejaka yang tampan. Mereka berdua bahagia.
Walaupun si katak telah bertukar menjadi jejaka, sikapnya masih seperti yang lama. Ingin makan diberi, tidur dibelai dan mandi disiram. Alangkah sedihnya hati si gadis bila harapan yang dipendam selama ini hancur berkecai.
Oleh kerana si gadis terlalu sayang pada si jejaka, dia mengambil keputusan untuk tidak meluahkan keinginan nya. Dia takut kehilangan orang yang telah menjadi teman hidup nya kerana dia tidak mahu hidup keseorangan seperti dulu. Si gadis menurut sahaja dan tetap mengharap keinginan yang akan tercapai suatu hari nanti.
Masa berlalu, tahun berganjak dan si jejaka masih tidak memahami apa yang terpendam di hati si gadis.
...apa yang akan terjadi? Bagaimana kesudahan harapan dan keinginan si gadis...
...bersambung...