Geng GC

Friday, January 30, 2009

Lagu Untukmu

"Meet Uncle Hussein - Lagu Untukmu"
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua
Akhirnya aku faham juga apa yang ingin disampaikan
oleh pencipta dan penulis lagu ini.

Thursday, January 29, 2009

NO Running in the House!



Something for you all to ponder especially when you have children and grandchildren in the house.
*******
Look close at the last picture.... How many times have we been told....and have told our children... NOT to run in the house? Did we always listen? Do they listen? Not always. Sometimes our seemingly futile efforts fail, and 'boo-boo's' happen.
Here is a little guy who didn't listen, and he got his own souvenir scars. Perhaps he'll learn from his mistake. Maybe.... Doesn't look too bad. But perhaps he should keep this next photo handy to explain the way it happened!... ... scroll down ow ow ow Ow ow ow ow ow OOOHHHHH!!! That's GOTTA hurt!!!! (pic taken in the emergency room)
OUCH!!

Thursday, January 22, 2009

Pilihan


Kadang-kadang kita tak tahu apa sebenarnya yang kita mahukan. Pilihan yang datang amat mengelirukan. Kita tahu setiap jawapan yang kita pilih, bakal memberi kesan kepada kita. Mungkin sebab itulah kita menemui jalan buntu bila keadaan mendesak kita membuat pilihan. Tapi apakah benar keadaan yang mendesak kita...atau pun kita yang sengaja melengah-lengahkan.
Kadang-kadang apa yang kita mahukan itu, sebenarnya adalah kehendak semata-mata. Kita pantas lupakan keperluan dan lebih mementingkan kehendak.
Adakah kita telah memilih keputusan yang terbaik?
******
Aku dan Kau...
Tak siapa yang mahu...
Aku dan Kau...
Bahagia atau duka...
Aku dan Kau...
Kehendak dan Keperluan...
Aku dan Kau...
Adalah Pilihan...

Tuesday, January 20, 2009

Terima Kasih Cik Sue

Dah lama tak terima surat kiriman daripada kawan. Rasanya macam kembali ke zaman silam. Itu lah akibatnya bila teknologi dah maju.
So sweet and nice gift.
Buat susah2 jer Cik Sue kirimkan benda ni kat aku.
Aku pakai terus tuh gelang ni...he3x , ada kawan office perasan tau. Maklumlah benda 'merelip' kat tangan. Aku cerita pada dia tentang 'si pengirim' ni. Dia kata "wahhh...baik nya kawan kau tuh, seronok ada kawan macam tuh.."
Memang betul pun...memang itu yang aku rasa.
Terima Kasih Cik Sue.

Monday, January 19, 2009

"Ennie Angkat Kain Hujan...Jemuran Dah Turunnnn"

View 'pot-melepak' office baru.
Bila kepala rasa berat memikir...kat sini la tempat melepaskan tekanan. Ini pemandangan dari sebelah kiri.
Bila pandang depan, dapat tengok tasik pulak...hhmmmm, damai sungguh. Time aku selalu melepak pagi pukul 10 lebih, petang pukul 2 lebih & 4 lebih. Pagi nampak wargaMas bersenam, petang sikit boleh tengok budak2 dari sekolah cina joging beramai-ramai. Kadang2 tu boleh skodeng couple projek, he3x..projek ringan2 je.
Yang ni, pemandangan dari sebelah kanan. Kalau perhati betul2, boleh nampak rail tren putra. Cuma bila hujan jer tak dapat melepak kat sini...sebab tempat ni 'open-air' tak ada bumbung. Silap2 kena tempias air siram pokok bunga dari atas kepala...
Ni ada cerita kelakar ni...
Sebenarnya baru hari ni aku tahu yang makcik cleaner tu siram pokok bunga swimming pool guna getah sembur yang kembang giler.... Aku mengebalah giler...ingatkan hujan. Hampehh betul makcik cleaner tuh. Tapi bukan salah dia.
FYI, tingkat atas office aku ni ada swimming pool.

Apa lagi......"Annie angkat kain hujannnn...jemuran dah turunnnn..."

Wednesday, January 14, 2009

SMJC & SMC (1991-1995)

LEPAS BACA ENTRY BARU BLOG SMC95, TERINGAT ZAMAN SEKOLAH DULU. AKU NI BUKAN LA DALAM GOLONGAN YG GLAMOUR...MAKLUM LA, TAK CANTIK. TAPI AKU ADA KAWAN2 YANG BUAT AKU KETAWA BILA TERKENANG BALIK PERANGAI DULU2.


INI LAH SEKOLAH YANG TELAH MENDIDIK DAN MEMBENTUK ASAS PERIBADI AKU.
SEKOLAH MENENGAH CHERAS.


ANTARA KAMI RAMAI YANG DAH BERKELUARGA, RAMAI YANG DAH BERJAYA DAN TAK LUPA PADA YANG TELAH KEMBALI KE-RAMAHTULLAH...AL-FATIHAH. HMMM...RAMAI LAGI YANG TAK TAHU KABAR BERITA.
DULU (1991) IA CUMA DI PANGGIL SEKOLAH MENENGAH JALAN CHERAS-SMJC DAN LAMBANG SEKOLAH BULAT BERWARNA BIRU DENGAN GAMBAR SEBATANG KUNCI. SEJAK DARI ITU SEKOLAH AKU DIGELAR 'CAP KUNCI'. HANYA 'OTAI2' LAMA AJE TAU SEJARAH 'CAP KUNCI' NI. ...HE3X


TAPI SEMUANYA BERUBAH BILA DAPAT PENGETUA BARU DAN GURU DISPLIN BARU. KALAU TAK SILAP PENGETUA TU NAMA NYA 'CIKGU SAMAD' DAN GURU DISPLIN TU NAMA NYA 'CIKGU RAJA ROSLAN'.

SEMUA NYA BERUBAH SEKELIP MATA.


PERUBAHAN YANG AKU MAKSUDKAN IALAH DISPLIN PELAJAR DAN PRESTASI SEKOLAH.


NAMA SEKOLAH -SMJC DAH DITUKAR KEPADA SMC-SEKOLAH MENENGAH CHERAS, BEGITU JUGA LAMBANG NYA. DAH TAK ADA 'KUNCI' TAPI DIGANTIKAN DENGAN '5-BIJI SKREW'...HE3X


GELAK AKU BILA TERINGAT MASA KENA KEJAR DENGAN PENGAWAS SEBAB LARI PONTENG SEKOLAH. ENTAH APA LAH YANG AKU FIKIR WAKTU ITU. TAPI MUJUR LAH AKU TAK HANYUT JAUH. INI SEMUA SEBAB ABAH AKU YANG GARANG.


SEMANGAT CEKAL DAN BERSUNGGUH KE-2 ORANG CIKGU UNTUK MEMBANGUNKAN SEMULA MARUAH DAN MARTABAT SEKOLAH YANG AMAT POPULAR DI BALAI POLIS CHERAS WAKTU ITU.


TAPI ITU DULU...DISEBAB KAN KETEGASAN CIKGU SAMAD KAMI (1993) YANG KAMI GELAR 'SI PENDEK...SI KETOT'...DAN MACAM-MACAM LAGI LAH...AKHIRNYA SEKOLAH KAMI PADA TAHUN 1994 TELAH MENJADI SALAH SATU DAPIRADA WAKIL SEKOLAH CONTOH UNTUK WILAYAH PERSEKUTUAN. WALAUPUN SEKOLAH AKU TAK MAMPU MENJADI SEKOLAH CONTOH, TAPI BAGI AKU TERCALON PUN SUDAH MENJADI SUATU KEBANGAAN. BERHASIL USAHA CIKGU SAMAD WALAUPUN DALAM MASA YANG AMAT SINGKAT. DENGAR CERITA CIKGU SAMAD DITUKARKAN KE SALAH SEBUAH SEKOLAH MRSM.


AKU PASTI, TEMAN2 YANG LAIN PUN ADA KENANGAN TERINDAH ZAMAN PERSEKOLAHAN....DAN BAGI AKU, TAK ADA YANG LEBIH INDAH NAK DIBANDINGKAN DENGAN KENANGAN AKU BERSAMA SEKOLAH MENENGAH CHERAS.

http://smc95.blogspot.com/

Thursday, January 8, 2009

'KATA ORANG'


KATA ORANG,
BUKAN SENANG NAK LUPAKAN SESEORANG..
KATA ORANG,
BUKAN PAYAH NAK BENCIKAN SESEORANG..
KATA ORANG,
BUKAN CEPAT NAK UBAT HATI YANG LUKA..
KATA ORANG,
BUKAN RINGAN BILA NAK TANGGUNG BEBAN..
KATA ORANG,
BUKAN MUDAH NAK CARI PENGGANTI..
ITU SEMUA KATA ORANG...

HIDUP NI KADANG-KADANG SUSAH NAK FAHAM. LAGI BERTAMBAH SUSAH LAH ORANG LAIN YANG NAK CUBA FAHAM HIDUP KITA.

MACAM MANA NAK HIDUP KALAU TAK FAHAM?
MACAM MANA NAK FAHAM HIDUP?
NAK DENGAR KATA ORANG..???

ORANG TU SIAPA?
MANA NAK CARI ORANG TU?



BUAT MASA NI..
.
"DON'T WORRY...BE HAPPY"
.

Monday, January 5, 2009

Aku Dan Demam Panas 2009

Tak sangka nak menyambut tahun 2009 aku bertemankan demam panas. Semua yang dirancang tak menjadi. Banyak yang terpaksa dibatalkan. Demam panas ni pelik sungguh. Doktor bagi ubat untuk makan setiap 4 jam dan yang peliknya lepas 4 jam panas badan menjadi panas semula. Panas giler2....macam badan tak pernah masuk ubat pulak. Ubat tu yang kurang berkesan atau pun deman panas ni yang pelik. Habis ubat...deman tak pulih sepenuhnya. Pelik sunnguh lah, selalu demam bila dah makan ubat mesti ada kurang. Tidur malam siap pakai baju tebal dengan stokin pastu selimut. Memang tak selesa sungguh sebab orang cuma dapat rasa panas di luar...dalam badan sejuk mengigil macam kena simbah dengan air batu. Hari ni pun badan masih tak berapa pulih tapi pergi kerja jugak....kalau tak tahan, setengah hari MC lah...


><(((:>GC<:)))><