Sekarang semua orang bising pasal harga barang naik sejak kononnya harga minyak dunia yang mahal, entah apa pasalnyer. Nanti biler minyak abes macam maner?
Setelah aku fikir-fikirkan mungkin ini yang berlaku..........20 tahun akan datang.
Semua orang tahu dan setuju kalau aku katakan teknologi dah makin canggih dan akan semakin canggih. Tengok jer sekarang ni, kebayakan urusan yang dahulunya kita lakukan secara fizikal dah berubah kepada on-line. Contohnya urusan bank sampai dan urusan beli-belah. Sebut jer, dalam negeri, luar negara, malah satu dunia pun buleh berhubung dengan cepat dan mudah.
Kalau semua ini berterusan, tak mustahil kalau aku gambarkan 20 tahun akan datang semua orang akan duduk di rumah. Samaada bekerja makan gaji ata pun kerja sendiri. Ialah, email kan ada..... gaji transfer jer dalam bank. Ini semua gara-gara kos penggangkutan meningkat.
Budak-budak sekolah dah tak payah pergi sekolah, semua belajar kat rumah. Kan teknologi dah canggih, buleh buat video conference jer. Setiap satu rumah akan ada banyak laptop. Jimat kos buku sekolah, kos baju sekolah dan mak bapak boleh tengok anak-anak belajar depan mata. So tak ada lah kes ponteng sekolah lagi. Bukan ke tu bagus.
Hal beli-belah barang dapur dah settel dgn on-line jugak. Biler teknologi dah canggih, pasar raya yang besar-besar dah buleh buat on-line shoping mereka. Alah...macam eBay tu.
Cuba kiter gambarkan macam mana keadaan bandar kiter biler semua urusan on-line. Jalan raya lenggang, pencemaran kurang dan jenayah pun pasti berkurangan.
Yang akan sibuk atas jalan raya, cuma perkhidmatan pernghantaran macam courier service tu. Kalau beroperasi, diorang pun buleh ikut jadual, so tak de lah sesak sangat jalan. Lagi pun buleh buat penghantaran ikut daerah. Kan lebih senang.
Yang mungkin akan jadi masaalah kalau elektrik buat hal. Tapi aper susah beli lah generator. Orang kampung pun pandai pakai generator lah....
Cuma yang tidak buleh beroperasi secara on-line ialah restoran, workshop, salun dan macam-macam lagi perkhidmatan terus untuk pelanggan (bak kata opmuteh ’direct service consumer’). Aku rasa lah kan, mula-mula mungkin mereka akan sakit sket lah... tapi untuk sementara sebab nak adjust financial mereka. Tapi lepas setahun dua mungkin dah okay kot.
Alah....saper-saper yang nak makan kat luar masih lagi buleh buat macam selalu. Workshop pun masih diperlukan, tu perkhidmatan pernghantaran kan pakai kederaaan bermotor. Salun pun sama jugak. So pendek kata, diorang sumer tak payah risau lah.
Hhmmmm, aper lagi yang mungkin terjejas atau mendatang kan keburukan............. biaq aku pikir sat.
Haaaa, kilang-kilang dan perhotelan. Aku rasa kilang okay, buleh on macam biasa. Sebab orang ramai masih menggunakan product. So orang kilang buleh pegi kerja macam biasa. Diorang naik bas kilang, jimat minyak dan kurang pencemaran. Hotel pulak, kalau hari biasa mungkin orang luar yang akan penuh kan hotel. Alah, macam orang yang kena kerja outstation tu, tak pun orang dari negara asing. Musim cuti sekolah, sama macam biasa dan mungkin lagi meriah kot. Ialah, orang lama dok terperuk kat rumah mesti excited liger biler nak pegi bercuti duit simpan pun mesti banyak sebab tak payah spend untuk minyak.
Yang aku focus kan sekarang ni ialah orang-orang yang macam aku nieh.kerja di sector perkhidmatan yang terlampau banyak duplication services. Tapi gaji tak seberape, nak tanggung kos minyak, nak bangun pagi-pagi dan macam-macam lagi lah... Sumer tu macam tak berbaloi jer.
Biler aku kawin nanti, nak pikir pasal anak pulak. Kan bagus biler kiter semua boleh kerja dari rumah jer. Suami pun ada depan mata beb . Anak pun tak terbiar.
Jadinya, kalau 20 tahun akan datang macam yang aku fikirkan, MESTI BEST GILER!!!!
Kalo kiter ni jadi negara pertama yang buat benda-benda macam ni, MESTI POPULAR GILER!!!
Kalo lah aper yang aku fikirkan ni jadi kenyataan, aku kena lah berfikir dan belajar skill yang ada kemahiran. Macam jahit baju ker, buat kek ker, buat ape2 lah yang tak der jual kat pasar raya dan buleh jual on-line.
Hhmmmm....... MALAYSIA BULEH!