I dreamed of being bitten by a scary, fat, ugly rat...
Geng GC
Wednesday, May 30, 2012
Thursday, May 24, 2012
Akan Ku Genggam Biar Pun HITAM
"Skandal"…
Diterjemahkan bermaksud :: perihal terlampau mahal, perihal
yang melampaui tatasusila.
Jika mengikut terjemahan ini, pasti yang terlintas difikiran
adalah hubungan si lelaki dan si perempuan yang sumbang, tidak mendapat restu
dan lebih mudah difahami dengan mengatakan ia adalah kecurangan terhadap
pasangan.
Apa yang
mencetuskan seseorang itu bergelumang dengan skandal? Hati siapa yang curang sebenarnya? Siapa pula yang harus dipersalahkan?
Ada pula pendapat
yang mengatakan skandal itu perkara biasa.
Hanya mahu mengisi masa lapang, mencari keseronokkan dan mengabiskan
waktu dengan orang lain untuk mencari kelainan. Faktor yang
sering ditarik sebagai punca adalah pasangan sekarang tidak boleh memahami dan
ada juga menjadikan tidak lagi serasi dan tidak lagi menemui persefahaman. Tidak dinafikan ada juga skandal yang
bersifat 'gatal' semata-mata dan mengambil kesempatan orang lain. Ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja, yang
baru berkawan-kawan, bertunang dan yang telah berkeluarga. Banyak persoalan akan timbul, menjadikan
tajuk skandal sebagai perbincangan. Menundingkan jari kepada orang lain amat
mudah. Mencari salah orang memang
senang.
Perlukah menyemai benih skandal bila
hilangnya rasa sayang kepada pasangan anda?
Berbaloikah berselindung dan sembunyikan skandal dari orang yang pernah
menjadi raja atau ratu di hati anda? Bagaimana
pandangan masyarakat dan rakan karib anda tentang pasangan skandal?
- Mereka adalah orang yang mempunyai masaalah dalam hubungan, maka melarikan diri dengan skandal
- Mereka adalah orang yang ingin memporak perandankan hubungan orang lain, i.e gatal
- Mereka adalah orang yang mencari kebahagiaan baru setelah hubungan sekarang menemui jalan buntu
- Mereka adalah orang yang biasa-biasa saja di zaman serba moden
- Mereka adalah orang yang cerdik pandai dalam mengatur perjalan cerita hubungan mereka
- Mereka adalah orang yang mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masaalah
- Mereka adalah orang yang pendek akal
- Mereka adalah orang yang di ainaya
Pilihlah yang
mana menepati label anda terhadap mereka yang berada di alam skandal. Jika tiada satupun seperti yang di atas,
mereka adalah orang yang bagaimana sebenarnya?Mungkin skandal
perlu. Bila ingin mencari sinar baru. Mungkin lirik lagu ini memberi erti kepada pasangan skandal di luar sana.
Ku jejak jalan
yang berliku, Membara jiwaku memburu impian
Ku renang lautan
gelora, Biarpun tersadai di hujung dunia
Akan ku rempuhi
segala rintangan, Biarpun rebah ku bangun sendiri
Akan ku genggam
biarpun hitam, Menjadi milikku
Ku mula dengan
dengan langkah ini, Menuju sinaran yang abadi
Yang abadi…
GC tidak mahu
menilai dan menghukum mereka. Namun kepada
mereka yang menjalinkan skandal dan telah merasa bahagia, tanpa menyakiti hati
orang lain, syabas GC ucapkan.
Monday, May 21, 2012
Friday, May 18, 2012
Thursday, May 17, 2012
Tuesday, May 15, 2012
Sebelum nak bercakap, FIKIR LAH DULU..!!!
Kata orang tua-tua,
Terlajak perahu boleh berundur,
Terlajak kata buruk padahnya...
:::::::
Biar dijelaskan di sini maksud kata-kata itu.
:::::::
Sebelum nak bercakap, FIKIR LAH DULU..!!!
:::::::
Thursday, May 10, 2012
Gastrik Oh Gastrik
Mesti pernah dengar penyakit 'gastrik'. Lebih kerap di dengar bila menjelang bulan ramadhan.
Tapi sekarang ni bukan GC nak cerita pasal 'drama bulan puasa'...
Cerita ni terjadi semalam....
Siapa yang pernah alami nya pasti tahu bagaimana seksa sakit gastrik.....
Sakittttt oooooo..... tak tahu macam mana nak gambarkan...
Kejadian malam tadi betul-betul memberi kesedaran... (ehemmm, sedar ke pun...hehehe3x)
Yang tak best tu, dah lah kita ni sakit... kena marah pulak tu.. memang hampehh....
Doktor bagi satu injection dengan ubat tidur... itu lah ubat nya...
Bagi yang tak pernah tahu atau ingin tahu lebih lanjut tentang gastrik.. teruskan la membaca :D
Gastrik
Gastrik atau istilah perubatannya,
gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada
dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.
Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter
pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan
ulser perut.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang
berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah
rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter
dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan
minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat
sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan,
lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses
dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan
perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan
sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada
beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa
yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi
membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid
hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun,
kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras
keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Punca-punca lain Gastrik:
-
Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
-
Pengambilan alkohol yang berlebihan
-
Pengambilan kokain
-
Merokok
-
Stres
-
Gangguan autoimun
-
Penyakit crohn
-
Radiasi dan kemoterapi
-
Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
-
Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
-
Rembesan asid gastrik yang berlebihan
-
Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
-
Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
-
Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
-
Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.Tip Sepanjang Bulan Puasa
-
Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
-
Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
-
Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
-
Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
-
Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
-
Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
-
Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
-
Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
-
Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
-
Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.>> source: pmr.penerangan.gov.my
-
Thursday, May 3, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
><(((:>GC<:)))><