Geng GC
Wednesday, September 30, 2009
Cerita.:::.300909
.:::.kan bagus kalau aku boleh hasilkan buku cerita untuk kanak-kanak...yang sememang nya dari dulu aku pernah angankan.:::.menulis kisah dongeng....berimaginasi tiada batasan.:::.Moga ia akan jadi kenyataan suatu hari nanti.:::.
Tunggu Aku Batu Pahat

.:::.ramai orang masih seronok layan mood RAYA lagi, bagus lah tu. Happy2 selalu. Maklum lah RAYA setahun sekali. Dapat berjumpa kaum keluarga yang dekat dan jauh. Malam RAYA handphone pasti berdering dengan bunyi pesanan ringkas, ucapan selamat dari kawan2. Itu lah keistimewaan RAYA zaman sekarang.:::.
.:::.semalam aku terima panggil dari seorang sahabat lama, yang suatu masa dulu kami sering menghabiskan malam minggu di kolam pancing bersama. Wahh...rasa rindu tiba2 terbit bila terkenang kembali...dengan ditemani sebuah radio kecil, kami tak sedar hari sudah menjelang subuh. Gelagat dikolam waktu aku pertama kali memegang joran dan pancing memang sungguh lucu, maklum lah orang baru masa tu...malu juga bila orang 'sebelah' tumpang gelak sama.:::.
.:::.tapi sekarang sahabat ku dah pun berhijrah ke selatan tanah air dan berkeluarga...sekarang ni menanti kelahiran anak nya yang ke-3....(hebat!). Suri nya seorang guru, mengajar di Batu Pahat. Sedar tak sedar, hampir sejam kami berbual di handphone....bicara pun sampi ke penghujung.:::.
.:::.aku merancang hendak melawat sahabat ku yg sibuk dengan business 'kucing' nya bila ada kelapangan.:::.
.:::.Tunggu Aku Batu Pahat.:::.
Sunday, September 20, 2009
Merenung Ke Langit
Wednesday, September 16, 2009
Salam Aidilfitri
Tuesday, September 15, 2009
Thursday, September 10, 2009
RR
Wahhh....lama nya aku tak update blog ni (lamer ke pun..?).
Sibuk dengan urusan dunia.
Ramadhan yang mencabar kali ini.
Sungguh aktif clients masa bulan puasa. Alhamdullillah....harap2 ada business baru.
Well kerja mesti diteruskan, walau apa pun terjadi.
(Apa yang dah jadi???)
Hmmm... semalam RR last day, walaupun baru 'sebulan jagung' dia tetap bos aku.
Tak sangka, banyak juga benda yang aku belajar. Hanya terima kasih saja yang dapat aku ucap sebagai balasan...
Sekarang ni kena tunggu bos baru.
Bos baru lagiiiiii........!? aduhhhh....

[napa asyik2 kucin nieh..?..katak dh merajuk ke..?]
Wednesday, August 26, 2009
Teru No Uta
First time ME listen to this song (soundtrack of a cartoon movie) at blog of my'friend'....don't really know what is the meaning of the song... but the moment it play to my ear....ME LOVE IT....
Friday, August 21, 2009
Cerita.:::.210809
Dah banyak kali aku terfikir nak cerita yang sebenarnya pada AJ. Tapi tak kesampaian. Aku nak bagi tau pada AJ tentang H, adik ipar nya. Patut ke aku cerita pada AJ? Atau cerita pada F, kakak kandung H. Tapi macam mana nak cerita? Nak pergi kerumah mereka ke? Macam mana kalau H dapat tahu nanti? Adakah H akan benci pada aku nanti?
Sebenarnya aku dah tak sanggup nak simpan cerita ni. Dah masuk 5 bulah aku simpan rahsia H.
Aku takut H salah anggap nanti. Niat aku baik. Aku tak mahu tengok H terus hanyut dalam dunia dia yang tidak mendatangkan faedah untuk dirinya sendiri. Dan aku mula terasa tempias sebab terlibat sama...macam menggalakkan dia pulak.
Patut ke aku telefon AJ yang hanya abang ipar nya? Atau aku terus cerita pada F kakak H sendiri?
Alamak, aku tak ada nombor telefon diorang pulak..... Kalau aku curi2 ambil nombor tu dari hp H macam mana? Apa yang pasti, aku mahu semua ini segera berakhir...sebab aku sayang dia.
Macam mana ni???????? Hmmmmm..........
Macam mana ni???????? Hmmmmm..........Thursday, August 20, 2009
Salam - Ku Rindu
Monday, August 17, 2009
Keputusan (Beratnya rasa hati...)

Hidup ini memang susah nak kita duga. Kita tidak akan pernah tahu apa yang bakal datang esok hari. Membuat sesuatu keputusan dalam hidup bukan lah satu tindakan yang mudah. Lebih-lebih lagi keputusan itu melibatkan maruah atau lebih senang aku katakan EGO. Dalam kehidupan yang singkat ini, hubungan kasih dan sayang telah menjadi satu tali pengikat antara dua insan, didalam sebuah KELUARGA ataupun diantara seorang lelaki dan gadis. Aku bukan ingin berkisah dan bermadah, cuma aku buntu memikirkan nya...
Aku ini benar atau salah?
Aku ini jahat atau baik?
Aku ini racun atau penawar?
Beratnya rasa hati...
Subscribe to:
Posts (Atom)
><(((:>GC<:)))><




