Setelah aku fikir-fikirkan mungkin ini yang berlaku..........20 tahun akan datang.
Semua orang tahu dan setuju kalau aku katakan teknologi dah makin canggih dan akan semakin canggih. Tengok jer sekarang ni, kebayakan urusan yang dahulunya kita lakukan secara fizikal dah berubah kepada on-line. Contohnya urusan bank sampai dan urusan beli-belah. Sebut jer, dalam negeri, luar negara, malah satu dunia pun buleh berhubung dengan cepat dan mudah.
Kalau semua ini berterusan, tak mustahil kalau aku gambarkan 20 tahun akan datang semua orang akan duduk di rumah. Samaada bekerja makan gaji ata pun kerja sendiri. Ialah, email kan ada..... gaji transfer jer dalam bank. Ini semua gara-gara kos penggangkutan meningkat.
Cuba kiter gambarkan macam mana keadaan bandar kiter biler semua urusan on-line. Jalan raya lenggang, pencemaran kurang dan jenayah pun pasti berkurangan.
Yang mungkin akan jadi masaalah kalau elektrik buat hal. Tapi aper susah beli lah generator. Orang kampung pun pandai pakai generator lah....
Cuma yang tidak buleh beroperasi secara on-line ialah restoran, workshop, salun dan macam-macam lagi perkhidmatan terus untuk pelanggan (bak kata opmuteh ’direct service consumer’). Aku rasa lah kan, mula-mula mungkin mereka akan sakit sket lah... tapi untuk sementara sebab nak adjust financial mereka. Tapi lepas setahun dua mungkin dah okay kot.
Alah....saper-saper yang nak makan kat luar masih lagi buleh buat macam selalu. Workshop pun masih diperlukan, tu perkhidmatan pernghantaran kan pakai kederaaan bermotor. Salun pun sama jugak. So pendek kata, diorang sumer tak payah risau lah.
Hhmmmm, aper lagi yang mungkin terjejas atau mendatang kan keburukan............. biaq aku pikir sat.
Haaaa, kilang-kilang dan perhotelan. Aku rasa kilang okay, buleh on macam biasa. Sebab orang ramai masih menggunakan product. So orang kilang buleh pegi kerja macam biasa. Diorang naik bas kilang, jimat minyak dan kurang pencemaran. Hotel pulak, kalau hari biasa mungkin orang luar yang akan penuh kan hotel. Alah, macam orang yang kena kerja outstation tu, tak pun orang dari negara asing. Musim cuti sekolah, sama macam biasa dan mungkin lagi meriah kot. Ialah, orang lama dok terperuk kat rumah mesti excited liger biler nak pegi bercuti duit simpan pun mesti banyak sebab tak payah spend untuk minyak.
Jadinya, kalau 20 tahun akan datang macam yang aku fikirkan, MESTI BEST GILER!!!!
Kalo kiter ni jadi negara pertama yang buat benda-benda macam ni, MESTI POPULAR GILER!!!
Kalo lah aper yang aku fikirkan ni jadi kenyataan, aku kena lah berfikir dan belajar skill yang ada kemahiran. Macam jahit baju ker, buat kek ker, buat ape2 lah yang tak der jual kat pasar raya dan buleh jual on-line.
Hhmmmm....... MALAYSIA BULEH!